Thursday, January 8, 2009

Waktu sekolah.. Ver 4

aku nak sambung sket (x tau la kalu jadi panjang) masa aku form 1 sampai form 3 nie.. esp pengalaman2 menarik yang aku dapat.. basicly aku masa form 1 x aktif, tapi dah mula rapat la ngan cikgu2.. tapi start from 2, aku jadi ketua kelas.. at the same time aku jadi timb setiausaha pustakawan yang x penah buat apa2 keje.. siap jadi ketua harian lagi (ketua untuk jaga perpustakaan).. kat asrama plak, aku mula pgg jawatan ajk kerohanian (ajk surau), tapi agak hampah.. aku pesan org jgn main kat surau, tapi tup tap, aku plak yang main dalam surau tue.. hampas.. haha..

ketua AjK kerohanian masa tue namanya Mohd Nor Zarfan (suka dipanggil dgn nama ZAS), seorang yang agak warak time tue.. mana taknya, puasa almost everyday (isnin hingga khamis), sahur xde, kalau buka, nasi seciput jek.. aku penah tanya, "nape makan sket sgt?", sekali dia jawab "kalau makan bebanyak, nanti senak perut.. menyeksa perut la plak".. aku trus terdiam.. giler, sampai fikir makan byk menyeksa perut.. salut spring giler la.. tapi, masuk u jek, hancus.. badan trus gebu giler.. haha..

oleh sbb masa form 2 aku byk pgg jawatan, termasuk la time tue aku jadi ahli koperasi, maka keputusan pertengahan tahun aku hancus sket.. arakian ketika ayahanda dan bondaku datang melihat report kad, habis jumpa cikgu kata2 keramat mereka pun keluar, "malik, lepas nie x payah aktif lagi. mak ngan abah x nak ko aktif dah.. aktif setakat yang perlu jek.." agak down gak masa tue.. tapi, takpe, aku cuba tabahkan diri..

disamping itu gak, aku ada masuk beberapa pertandingan.. antara yang paling berjaya adalah Syarahan Bahasa Arab sempena Maal Hijrah.. aku pasti akan ke peringkat negeri.. sbb? kat daerah aku tue cuma ada 3 sek je yang ada aliran agama.. maka, kami mendominasi syarahan bahasa arab.. sempoi.. memula tue ketar2 la.. pastue dah dapat pingat, hepi giler x ingat dunia.. siap buat member2 yang x menang tue bengkek jek.. yelah, mcm tilawah, berzanji, syarahan bahasa melayu semuanya sengit.. paling susah nak menang tilawah ngan berzanji la.. huuu.. dahsyat.. org kampung, suara lunak2 belaka..

aku masuk pertandingan tue 2 tahun berturut2.. tahun pertama pringkat negeri buat kat pontian.. aku admit, aku kalah sebab aku gelabah.. bayangkan, syarahan patutnya buat dalam masa 7 minit, tapi aku lagi advance, buat dalam masa 3 minit setengah.. aku tak tau cemana aku blhe laju giler.. sampai trainer aku pelik.. tapi time kat pontian tue, main berat sebelah.. bayangkan, daripada 7/8 pertandingan, satu jek yang dimenangi oleh daerah lain, yang lain semua pontian menang.. last2 peringkat kebangsaan, semua kantoi.. dan yang menang yang sorang dari daerah lain.. (daerah aku le.. syarahan bahasa melayu perempuan.. kalah hanya pointer jek.. itu pun sbb dia uzur.. jadi kebanggaan sekolah.. pengetua kucup2 depan perhimpunan.. punya la sayang..)

masa from 2 best, sbb pengetua masa tue (Pn Hajjah Hasnah) seorang yang sukakan agama dan dia hidupkan budaya membaca al-quran kat sekolah.. best!! kalau pertandingan2 mcm nie, dia sendiri hulur duit.. hepi giler.. tiap2 peringkat plak tue.. pendek kata mmg best.. tapi form 3, bila aku masuk, duit xde, hapak pun xde.. pengetua masa tue (dirahsiakan nama) not really religious type.. xpe la, dengar kata dia pun dah ada kesedaran..

selain pertandingan tue, mcm2 lagi masuk.. camping, berkawat, coral speaking.. best.. kitorang2 la antara founder2 yang baru masuk pertandingan2 tue.. and berjaya ada, kalah truk giler2 pun ada.. haha..owh.. lupa, pertandingan drama dan dikir barat.. dikir barat menang peringkat negeri tue.. seluruh asrama pusat johor.. haha.. kalahkan roommate aku kat kisas.. drama plak kalah, sbb aku x dapat masuk watak utama.. mana taknye.. badan aku sgt la kecik.. nak jadi watak utama tang apa.. tapi, apa yang pasti, masa pemilihan pelakon2, aku buat semua org tergamam dan cikgu impress ngan aku.. yeah!! tapi tu la.. bdn aku sgt kecik.. kalau x, mmg aku pgg watak utama.. betul nie.. x tipu.. x caya tanya cikgu ayahanda.. betul la.. ek e leee.. lantak ko la x caya.. malas aku..

oleh sbb korang x caya kat aku, aku chow la.. cet.. cedey2.. xde sape percaya kat aku... huhu.. T_T

4 comments:

djambu puadovich said...

roommate ko kat kisas sape ek? xigt pulak aku...

Murlak_s said...

mok, fadirul hisyam ngan fadil (f5), masa form 4, syawal, badri ngan nexam.. haha.. awat?

djambu puadovich said...

xda pe. saje tny...ko dok bilik 101 le maknenye kn? bilik depan skali?

Murlak_s said...

yup.. exactly..