Maahad Al-Islamiah Lit-Tarbiah wa Tahfiz (MITT), sekolah, tempat tahfiz, dan juga aku gelarkan sebagai sekolah pemulihan akhlaq.. itulah nama sekolah baru yang aku pindah setelah meninggalkan STAR Putra.. Dengan harapan agar aku bleh persue bahagian syariah islamiah, makan aku telah disekolahkan oleh abah di situ.. jelas di ingatan tahun 2001, sekolah itu la yang berjaya buat aku menitik air mata, bukan kerana aku benci sekolah tu, tapi kerana harapan abah ketika itu..
sebelum aku pergi lebih detail kehidupan aku kat sana, aku akan cerita dulu kawasan sekolah tu.. Act, bangunan sekolah tue hanyalah asrama untuk pekerja kilang.. ada 2 blok, satu telah dijadikan tempat sekolah rendah dan asrama perempuan (berpagar), dan sebelah lagi adalah sekolah menengah dan asrama lelaki.. dengan berbentuk huruf C, sblh hujung kanan dan kiri adalah kelas2, dan tengah adalah bilik2.. satu bilik dikongsi oleh 4 org, dan bilik itu tersangatlah kecik.. sekecil bilik yang selesa untuk duduk seorang sahaja.. ya, aku x tipu.. tapi, bilik tue telah dikongsi seramai 4 orang..
tengah2 antara 2 blok tu, ada surau kecil.. x la kecil sgt, muat untuk solat jemaah oleh jemaah lelaki sahaja.. yup.. tengah2 huruf C blok tue ada gelanggang.. gelanggang sepak takraw, dimana tempat itulah kami berhimpun setiap pagi untuk perhimpunan.. sgt berpasir, jalan tar nya sgt kasar.. ada padang besar, tapi believe me or not, disana terdapat banyak, ye banyak sgt besi.. ia adalah bangunan yang baru sgt2 siap.. atau terpaksa disiapkan secara x rela..
jadi, aku telah dimasukkan dalam sekolah itu.. dibeli bj sekolah baru.. putih, style raihan.. seluar pulak coklat cair.. dan songkok putih.. aku ingat benda2 tue.. hanya katil sahaja diberi, tilam dan bantal kena bawak sendiri.. itulah pengorbanan.. aku x kisah.. coz, itulah yang mengajar erti kehidupan.. ko inat, lepas u, ko bleh dapat umah siap semua? bleh, duit kena sadip la (bahasa kawan aku, sadip=sedap/mantap).. klu x, katil pun ke kena cari.. x nak, tido la kat lantai.. haha
aku masuk dalam kelas tingkatan 3 peralihan.. dalam 12 org sahaja kelas aku.. dan perempuan hanya ada 2.. majority budak kat sekolah aku adalah dari keluarga senang.. malah ramai yang dari Singapura.. owh, korang mesti tanya nape aku masuk 3 peralihan kan? simple, sbb aku x amik sijil rendah agama (SRA).. so aku kena amik SRA dulu, baru bleh masuk kelas normal diorang.. but still, aku blaja subject teras sekolah menengah biasa untuk tingkatan 4.. x banyak, BM, Math, Sains, BI ngan sejarah kot.. aku lupa..
x sampai sebulan aku sekolah kat sana, tetiba jek aku dilantik jadi pengawas.. leceh giler.. nak buat cemana, jadi je la.. (x bangga pun, k).. dalam kelas aku plak, ada budak umur 20 time tue.. dia jadi ketua pengawas.. haha.. best ngan dia, aku dok lepak kat blik pengawas ngan dia semata2 nak hafal nahu.. giler la.. nak faham isim2.. maf'ul, fail.. semua la.. dia plak suka story mcm2.. tapi dia bagus la.. x penah rasa rugi masa sbb nak blaja.. giler salute..
owh, routine harian kami? bangun kul 5, siap2 nak solat subuh, subuh kena ada kat surau dah.. lepas semayang subuh, baca ma'thurat.. abis jek, trus ngan tahfiz, sampai kul 7.30/8.30 pagi.. then sarapan.. trus masuk kelas.. kelas start sampai petang, kul 4.30 (lepas asar, lepas baca ma'thurat lagi).. rehat sejam jek kul 1.00-2.00 tgh hari.. petang tue main la ko.. then, maghrib and isya'.. time tue buat la apa ko suka.. xde buat apa pun.. buat bodo jek..
agak bosan.. yang best hari jumaat jek.. sbb lepas solat jumaat, bleh jenjalan sket.. and hari tue routine longgar sket.. sabtu ahad, outing.. xde pg memana pung.. sbb kat pasir gudang tue, bukan bandar mcm kl ke, johor pun jauh sama sekali.. haha..
kat sekolah tue, aku x lama.. just 6 bulan jek.. nanti aku akan cerita apa lagi yang berlaku, sehingga la aku terima berita yang sgt2 menggembirakan aku.. haha.. nanti kita tgk, apa yang gembira tue.. owh, x lupa gak citer aku kena belasah dengan bebudak yang agak terencat kat sana.. nape aku gelarkan sekolah pemulihan akhlaq? itu juga akan aku ceritakan.. sampai jumpa sore lain, selamat malam pak!!
No comments:
Post a Comment