PMR aku amik dengan jayanya disekolah Star Putra itu.. dengan duduk di dalam dewan bersama meja no 1 (ye, nama aku mula ABDUL, so aku kena duduk paling depan), aku dapat la keputusan yang agak memberansangkan.. xde la mengecewakan sgt, dan x menggembirakan sgt.. biasa2 jek.. moderate (cewah..)
setelah abis PMR tue, aku ada la gak isi borang SBP (seingat aku, mmg apply KISAS, coz time tue dia tengah top.. SPM 100% pangkat satu..). lain borang, malas.. coz aku dah malas nak fikir sgt nak masuk sekolah mana.. Lepas2 tue, ada la buat mcm2 jamuan.. jamuan kelas, asrama, pustakaan, n mcm2 lagi.. tapi paling best, ahli koperasi cuti kat desaru makan angin.. bwk badan jek, 100% sponser.. cayalah!!
satu je yang aku ingat, jamuan asrama.. time tue, buat malam.. lepas solat isya'.. dah abis solat semua, aku pun main2 jap kat surau tempat pompuan.. (surau tue kecik jek).. then kami (aku bersama bebudak f2) konon2 nak lompat ke kipas.. kipas tue tinggi, then aku kata, "apa kata, sorang tahan kat bawah (tahan tangan) then lompat (sambil org yang tahan tu tolak ke atas)," ala, mcm cite org2 yang dalam penjara nak keluar senyap2 tue.. aku ingat diorang nak buat, sekali dorang suh aku.. aku pun yekan je la.. cubaan pertama x jadi, masa aku berlari ke budak yang nak tahan tu, kaki aku slip sket, tertendang perut dia..
maka, cubaan kedua dilakukan.. aku berlari, member menanti dengan penuh tabah.. kaki aku tepat ke tangan yang dia tahan, aku lompat sket.. budak tu tolak aku.. tolak dengan sepenuh hatinya.. aku melompat jauh, tinggi.. aku rasa terbang sekejap.. aku hilang arah tujuan.. panik punya pasal.. asalnya nak capai kipas pakai tangan or jari jek.. tapi, aku lagi hebat, KEPALA aku telah sampai dulu ke kipas tu.. KELETANG!!! then aku turun.. turun.. dan.... KEDEBUK!!! aku telah jatuh tanpa disambut oleh sesiapa..
kepala gegar sudah.. deria semua sudah x betul.. mlm tue aku semacam hilang ingatan.. makan jamuan malam tue pun aku ingat2 lupa makan apa.. x makan sgt rasanya.. semacam ada karaoke mlm tue, tapi aku tak terlibat, kerana aku trus ke katil untuk tidur.. membetulkan kepala yang dah senoneng ini.. esoknya aku tengok kipas kat surau tue.. mungkin ada bangga sedikit.. tapi sesalnya banyak.. kipas tu bengkok sket.. huhu.. gile la..
selapas cuti sekolah, aku naik dengan harapan baru.. f4 semua masuk dewan dgr brief, subject baru yang bakal diambil.. aku decide nak amik sains, bersama arab.. tapi, x lama.. mak dan ayah aku datang, panggil aku pada hari ke-3 sekolah.. aku disuruh tukar ke sekolah lain.. balik tue sungguh muram.. aku diam jek.. sebagai seorang anak, tak sepatutnya ko nak membangkang.. aku diaaammm jek.. maka, mulalah episode perjalanan baru.. yang tu, aku cerita kemudian..
3 comments:
handal gak kepala ko ek? smpi bengkok kipas tu ko tanduk...kah3
wah..kepale batu ape??kekeke
yeop:
kepala handal? haha..
puteri:
kepala batu? sekeras batu ye la, nak kata kepala batu, x kot.. aku nie baik.. muahaha
Post a Comment