Tuesday, October 27, 2009

Panggilan hangit? berpada2 la beb..

salam, setelah sekian lama.. harini baru aku ada mood nak tulis sket..

harinie pasal panggilan hangit di HOTZ.FM pagi nie, pasal poligami.. sebelum apa2, aku akan menyatakan bahawa aku berada di pihak neutral.. aku x sokong lelaki mahupun perempuan.. nape? mari kita berbincang..

situasinya begini.. harinie seorang isteri yang mempunyai anak (x diberitahu) telah terkena panggilan hangit yang diminta oleh suaminya.. panggilan hangit tersebut meminta isterinya untuk pergi ke pejabat agama/kadi (atau sewaktu dengannya) untuk menurunkan tanda tangan bagi membenarkan suami berpoligami.. akan tetapi, malangnya ia adalah situasi yang benar, dan bukan main2.. si isteri dengan penuh perasaan menyatakan ketidakadilan suami dimana suami tanpa berbincang hendak berpoligami..

solution yang aku pk dalam kereta tadi:
bagi si isteri:
1) bertenang dan muhasabah diri.. masa nie dia kena fikir apa sebenarnya yang dia kurang dan apa yang si suami nak..
2) buat ibadah, mintak petunjuk dari Tuhan.. seelok2nya buat istikharah dan solat hajat agar masalah rumahtangga selesai..
3)cuba cari jalan untuk berbincang dengan mereka yang bekenaan.. esp si suami..

bagi si suami:
1) fikir elok2 untuk apa dia nak berkahwin? fikir gak samada boleh bersikap adil, mampu tanggung nafkah zahir dan batin..
2) YANG PALING PENTING!! jangan jadi dayus dengan bersikap tidak adil! berbincang! berbincang! dan berbincang! bila tidak bersikap adil, maka nerakalah tempat yang elok bagi diriMu!

wahai kaum wanita, pasti ramai yang tidak puas hati.. tapi, kita kena tgk beberapa situasi..
1) adakah berpoligami ini untuk mengelakkan fitnah dan juga menyelamatkan maruah suami?
2) atau perkahwinan itu mmg nafsu semata2?

kalau no 2, aku pun x setuju! org mcm tue, kalau kata nak lepaskan, terpulang.. ingat, bercerai adalah benda yang tidak berdosa, tapi mendapat laknat dan menggegarkan arash Allah!

tapi kalau no 1.. fikir la.. andai berkahwin itu mengelakkan dosa, jgn la dihalang.. kalau x, penghalang tue la yang tanggung dosa..

akan tetapi, wahai kaum lelaki.. jangan dicari alasan dan sengaja menjadikan alasan untuk berpoligami.. berat beb nak pandu keluarga.. sebelah kaki dah confirm masuk neraka.. Allah dah kata yang bermaksud: "Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari Api Neraka!"..

fikir2 la..

Thursday, September 10, 2009

Apakah itu ramadhan?

bismillah,

lama dah x update.. byk benda yang berlaku.. yang pasti, aku hanya luahkan pada org terdekat aku sahaja.. huu...

sahabat, dan pembaca2 sekelian.. mari kita rungkai persoalan dalam kepala aku sepanjang puasa ni.. byk benda yang makin aku x puas hati dari tahun ke tahun.. apa yang pasti, rasa best berpuasa makin hilang dari tahun ke tahun.. simply because of kita org melayu.. huu...

apa itu ramadhan? bulan puasa sahaja ka? bulan kita pulun amalan? bulan kita nak berperang kabir dengan lebih hebat dgn nafsu kita? bulan baru nak pg ke masjid? bulan rezeki? bulan yang byk buat jualan sale dan semuanya murah2 belaka? atau bulan semata2 selepas ini ada hari yang paling ditunggu dan dinantikan oleh org ramai, x lain x bukan hari yang dipanggil hari kemenangan oleh org2 kita setelah sebulan berpuasa, hari dimana kita dah boleh makan balik seperti biasa, hari kita akan jumpa sanak saudara, hari pakai baju baru, iaitu hari raya aidilfitri..

rasanya majoriti, bukan sedikit, tapi hampir seluruh org2 kita nie akan pilih jawapan last.. x caya? heh.. simple jek.. aku dapat bukti kat opis aku sendiri.. "kan dah nak raya!".. bukankah itu perkataan yang akan selalu keluar? bukannya "sedihnya, ramadhan nak pergi.. bolehkah aku jumpa lagi bulan ini?"..

kat mana kita sekarang ini? lagu raya, promosi raya.. semuanya dah start sebelum nak puasa lagi.. apa makna semua tue? kalau mind set dah asik pk raya, belum apa2, "eh dah nak raya la bulan depan.." (cakap2 pada sya'ban).. apa tue? dah tue, puasa nie apa benda? puasa hanya "tahan diri dari lapar dan dahaga, dan boleh buat solat terawikh.."

apa sebenarnya puasa nie? apa hikmah puasa nie? kenapa Islam suruh kita puasa? apa significant puasa ni? rukun ke berapakah puasa nie? pernah tak kita pk benda2 nie?

sahabat2.. tolong komen dan bg kata2 yang boleh kita ingat, puasa adalah suatu ibadah.. bukan satu perayaan.. ONEGAI...

wallahua'lam..

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Datang lagi..

Bismillah,

Ramadhan datang lagi,
Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur berjumpa dengannya lagi..
peluang terbuka lagi.. hanya tinggal kita untuk memenuhinya bersama amal ibadah yang sepatutnya..

Ya Allah,
ringankanlah tulang2 kami, untuk melebihkan amalan kepadamu.. hanya untuk RedhaMu..

persoalan,
kalau ramadhan je kita buat amal lebih, tapi bulan2 lain kita langsung or jarang2 buat, hipokrit kah kita?
sila komen ye.. LU PK SENDIRI!!!

Thursday, August 13, 2009

Kebodohan yang nyata.. really?

oleh kerana aku sgt2 bengang, dan kebodohan orang2 atasan semakin menyerlah, maka kat sini aku ingin memberikan kesedaran kepada anda semua bahawa jangan jadi org yang BODOH SOMBONG semata2 kau ada PANGKAT dan ko rasa semua org perlu dengar kata kau!

please la, consider org lain yang nak buat keje demi KAU!! kitorang bukan dapat apa2 pun.. tapi, kau bukan memudahkan kami, menyusahkan lagi menyesakkan fikiran jek.. buat sendiri la majlis tue kalau nak! dan apa yang pasti, sebagai HOD, apakah pernah kau consider majlis yang nak buat tu macam mana?

Im quit for sure after this.. aku malas nak pk.. sorry la.. dari menyusahkan aku, baik aku blah!

Friday, July 31, 2009

Org suka merepek?

Bismillah,

lama dah kan aku x update.. yang pasti, aku byk hal kena buat.. keje biasa jek.. tapi, kerja2 luar baru nak membiasakan diri.. biasalah, kalau x, xde la aku kena kutuk tiap2 hari..

frankly speaking, aku x suka kena sindir melampau.. sket2 sudah la.. tapi kalau sampai tiap2 hari, benda yang sama, macam org jakun xde pengalaman, padahal dia lebih tau dari kita.. bangang!! bukan nak bagi kata2 semangat, tapi membuat org meluat ada la..

tapi pg semayang jumaat, sorang lagi makhluk yang suka merapu.. x habis2 citer pasal nafsu.. adeh.. pastu dok nasihat org kawin lagi.. hang tu, nape x buat? walaupun aku x oppose poligami, tapi x bermakna aku sokong 100%.. Allah buat rules ada sebab musabab.. dan jgn terlalu ambil mudah dengan kebenara/kebolehan/kekuasaan yang kita miliki.. pakai otak yang kat kepala, bukan pakai kepala lutut!!

aku ingat makhluk2 mcm nie aku jumpa sorang je kat uia, rupanya kat luar mmg lagi ramai.. diorang x takut ke kalau2 kata2 mereka memberi semangat kat org lain, pastue tup tap org tue buat dosa.. x ke namanya dia syubhat dan ada saham dalam hal dosa tue?

pujian sekali bermakna kata semangat.. pujian byk kali, apa makna? kalau tambah suara sinis mcm perli, apa plak maksudnya? jgn la suka nak pekena org.. jgn suka perlekeh org.. kalau maki, ko tanggung dosa sendiri, ko bagi pahala kat org tue.. tapi, kalau dok buat org sakit hati?

pk la sendiri.. malas!

Friday, June 5, 2009

Selesai sudah?

Bismillah,

satu bab sudah selesai.. tinggal satu je lagi.. semua ok.. ada masalah sket2 tue biasa la.. hope semua berjalan lancar, sampai habis..

Byk lagi kena belajar.. yang paling penting, blajar bersabar.. byk dugaan.. hanya Tuhan saja yang tahu..

Apa pun, nikmat dunia yang Allah janjikan, x mudah nak dapat.. kita perlu byk muhasabah dan bersabar dengan ujiannya..

wallahua'lam..

Tuesday, May 26, 2009

Bila cakap pasal amalan..

bismillah,

penah tak terfikir nak buat sesuatu ibadah tue, mmg totally "lillahi taala".. xde mengharapkan apa2 balasan.. walaupun Allah dah janjikan kebaikan or ganjaran..

atau, sekali sekala kita nak jadi mcm para sahabat.. menggadai semua harta demi agama.. penah x?

atau kita sering cakap, "kita ni belum tahap para sahabat, apatah lagi nabi.. nabi2 maksum.. Allah jaga.. sahabat plak semuanya alim2 belaka.. kita nie, agama pun x habis belajar, cemana nak jadi mcm mereka?"... penah x? atau sipi2 cara cakap nie la..

ingatlah.. samada kita nak jadi mcm mereka atau tidak, itu semua dalam tangan kita.. kalau kita nak, kita boleh buat.. kalau x nak, mcm2 alasan akan keluar.. hati kita sebenarnya dah byk hitam.. sbb dari kecik pun, persekitaran kita menghitamkan hati kita.. Thanks for our parent to guide us, yet.. if we just rely on them only, we cant do anything..

Allahu Akbar!!!