Friday, December 11, 2009

Terlalu konfiden..

Hari jumaat, dibawah sinaran mentari terik, umat Islam menunaikan kewajipan di tengah-tengah bandar yang tidak pernah sunyi.. hairannya, hanya hari2 perayaan sahaja yang akan sunyi seolah2 pekan hujung perkampungan, dimana hutannya adalah bangunan konkrit mencakar langit. dalam saf yang melimpah ruah, seorang hamba Allah bersama menunaikan solat Jumaat.

dua rakaat diselesaikan, doa mula ditadah.. meminta diterangkan hati, diampunkan dosanya dan kedua ibu bapanya.. lantaran itu, bingkas hamba itu bangun, mahu pulang ke pejabatnya.. kewajipannya kini adalah kerjanya.. dengan kadar segara, hamba itu mencari LRT terdekat... ya, hanya beberapa langkah, sampai sudah stesen yang dicari, kerana stesen itu sememangnya dinamakan sempena masjid yang terdekat..

bersahaja, hamba itu membeli tiket, dan terus menuruni tangga. dengan hanya menggunakan pengalaman, maka hamba itu mengikut kebiasaan dan trus ke pintu sebelah kanan. bosan, maka diambil HP nya, dan mainlah hamba itu sehingga train sampai. masuk hamba itu kedalam train, sesak.. ramai sungguh ummat manusia di hari jumaat ini.. diteruskan bermain dengan harapan, penat tidak mengunjung pabila sampai di tempat yang dikehendakinya..

nasib semakin menyebelahinya, pabila selepas satu stesen, train itu lengang dan banyak tempat duduk.. maka hamba itu mencari tempat berlabuh punggungnya.. baru sahaja berlabuh, terdengar pengunguman.. "Ting.. Ting.. Ting.. Stesen berikutnya, Damai... Next Station, Damai.."

Tergamam.. PEJADAHNYA AKU KE DAMAI.. NASIB AKU X SAMPAI SEREMBAN!! AKU NAK KE KERINCI BEB!! ADEH..

Lu pk la sendiri..

1 comment:

Teenz Abu Bakar said...

HAHAHAHHAHAHHAA..baru first tyme aku bace entry ko aku gelak...ni pon baru la entry yg ko post 'tanpa de rase ketidakpuasan ati'...hehehhee..=p