Saturday, December 12, 2009

Kenangan..

Kadangkala, kita sering teringat masa lampau, masa kita membuat kesilapan, membuat kerenah dan pe'el yang x sepatutnya.. biasa la, darah muda, mcm2 yang cuba dibuatnya.. kalau boleh, mahu saja menakluki dunia ini, biar kita menjadi raja.. biar obama mahupun bambang mengikut telunjuk kita.. namun, jika kita memberontak, mahu senapang yang diacu ke kepala kita..

ku terkenang, kisah daku dengan sahabatku..kisah ini berlaku di ibu kota.. sarat dengan kenderaan dan manusia.. ketika itu, kami mahu pulang.. pulang ke tempat perlindungan sementara, yang selesa diselubungi oleh biah islamiah yang jarang2 ada di malaysia ini..

seakan ada kanun tersendiri, kami beratur membeli sekeping kertas keras sebagai satu pas perjalanan yang harus dimasuki ke dalam mesin.. ibu kota kini maju, mahu kemana sahaja sudah pantas.. tidak perlu tunggu lagi kenderaan gergasi yang boleh memuatkan 40 orang seperti yang ditulis di badan kenderaan itu, namun hakikatnya selagi boleh disumbat manusia walau jadi sardin cap ayam pun, akan cuba diangkut dan dibawa lari..

selesai memasuki pintu automatis menggukan kertas keras, kami berjalan ke tangga, atas sebab manusia ramai ketika itu.. peluang untuk menggunakan tangga bergerak adalah tipis, malahan jika terlalu ramai, perjalanan akan terasa sgt lambat.. dengan sengaja, aku menuruni tangga dengan pantas, meninggalkan 2 orang rakan ku yang lain untuk tiba lebih awal..

tiba2, satu lembaga dari sebelah kiri dengan pantas memintas.. gear ke 2 dan 3 aku skip.. terus ke gear maksimum, cuba berlumba dengan lembaga itu.. baru sahaja turun 7-8 anak tangga, tiba2 lembaga yang tingginya dalam 1.7 m tiba2 pendek menjadi 0.7m sahaja.. malahan kadar penurunan tangganya lebih laju, membuatkan ku berhenti melihat peristiwa yang berlaku.. sadis.. isk.. nangka pun x mcm tue.. mau 10 anak tangga dia duduk bergilir.. sedangkan ketika itu, baru sahaja sebuah train terlepas dan org ramai sedang menaiki escalator naik kat sebelah tangga nie..

.........................................................................

pergh.. sakit giler bontot aku.. sengal tul selipar nie.. bleh plak nak licin2 time2 nie.. haiz... sakit punggung boleh tahan lagi.. sakit malu? adeh..

ye, ekceli.. lembaga itu adalah aku.. pk la sendiri..

5 comments:

djambu puadovich said...

ujan ke masa tu?

Murlak_s said...

x.. selipar plastik..

isuzu_aizu said...

oo tak perlu malu dlm hal2 tu. mende eksiden ni mmg takleh jangka & semuanya berlaku dgn kehendak Allah. takziah kat ko, sakit lg tak?

Murlak_s said...

benda berlaku masa aku 2nd year main camp.. sakit? sakit hati mengenang kebodohan diri sendiri.. huhu

Teenz Abu Bakar said...

hahaha. aku rase kan malik, ko ni antara membe2 yg aku kenal yg asek tergolek @ terjatuh moto jerkk.. cian nye la kt ko yerkk...nk wat cmne, da naseb bdn...hehe