Tuesday, October 27, 2009

Panggilan hangit? berpada2 la beb..

salam, setelah sekian lama.. harini baru aku ada mood nak tulis sket..

harinie pasal panggilan hangit di HOTZ.FM pagi nie, pasal poligami.. sebelum apa2, aku akan menyatakan bahawa aku berada di pihak neutral.. aku x sokong lelaki mahupun perempuan.. nape? mari kita berbincang..

situasinya begini.. harinie seorang isteri yang mempunyai anak (x diberitahu) telah terkena panggilan hangit yang diminta oleh suaminya.. panggilan hangit tersebut meminta isterinya untuk pergi ke pejabat agama/kadi (atau sewaktu dengannya) untuk menurunkan tanda tangan bagi membenarkan suami berpoligami.. akan tetapi, malangnya ia adalah situasi yang benar, dan bukan main2.. si isteri dengan penuh perasaan menyatakan ketidakadilan suami dimana suami tanpa berbincang hendak berpoligami..

solution yang aku pk dalam kereta tadi:
bagi si isteri:
1) bertenang dan muhasabah diri.. masa nie dia kena fikir apa sebenarnya yang dia kurang dan apa yang si suami nak..
2) buat ibadah, mintak petunjuk dari Tuhan.. seelok2nya buat istikharah dan solat hajat agar masalah rumahtangga selesai..
3)cuba cari jalan untuk berbincang dengan mereka yang bekenaan.. esp si suami..

bagi si suami:
1) fikir elok2 untuk apa dia nak berkahwin? fikir gak samada boleh bersikap adil, mampu tanggung nafkah zahir dan batin..
2) YANG PALING PENTING!! jangan jadi dayus dengan bersikap tidak adil! berbincang! berbincang! dan berbincang! bila tidak bersikap adil, maka nerakalah tempat yang elok bagi diriMu!

wahai kaum wanita, pasti ramai yang tidak puas hati.. tapi, kita kena tgk beberapa situasi..
1) adakah berpoligami ini untuk mengelakkan fitnah dan juga menyelamatkan maruah suami?
2) atau perkahwinan itu mmg nafsu semata2?

kalau no 2, aku pun x setuju! org mcm tue, kalau kata nak lepaskan, terpulang.. ingat, bercerai adalah benda yang tidak berdosa, tapi mendapat laknat dan menggegarkan arash Allah!

tapi kalau no 1.. fikir la.. andai berkahwin itu mengelakkan dosa, jgn la dihalang.. kalau x, penghalang tue la yang tanggung dosa..

akan tetapi, wahai kaum lelaki.. jangan dicari alasan dan sengaja menjadikan alasan untuk berpoligami.. berat beb nak pandu keluarga.. sebelah kaki dah confirm masuk neraka.. Allah dah kata yang bermaksud: "Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari Api Neraka!"..

fikir2 la..

1 comment:

Suhaimi Mohd Nasir said...

no comment... tapi ada betulnya... sama2 la kita pk...