Thursday, September 10, 2009

Apakah itu ramadhan?

bismillah,

lama dah x update.. byk benda yang berlaku.. yang pasti, aku hanya luahkan pada org terdekat aku sahaja.. huu...

sahabat, dan pembaca2 sekelian.. mari kita rungkai persoalan dalam kepala aku sepanjang puasa ni.. byk benda yang makin aku x puas hati dari tahun ke tahun.. apa yang pasti, rasa best berpuasa makin hilang dari tahun ke tahun.. simply because of kita org melayu.. huu...

apa itu ramadhan? bulan puasa sahaja ka? bulan kita pulun amalan? bulan kita nak berperang kabir dengan lebih hebat dgn nafsu kita? bulan baru nak pg ke masjid? bulan rezeki? bulan yang byk buat jualan sale dan semuanya murah2 belaka? atau bulan semata2 selepas ini ada hari yang paling ditunggu dan dinantikan oleh org ramai, x lain x bukan hari yang dipanggil hari kemenangan oleh org2 kita setelah sebulan berpuasa, hari dimana kita dah boleh makan balik seperti biasa, hari kita akan jumpa sanak saudara, hari pakai baju baru, iaitu hari raya aidilfitri..

rasanya majoriti, bukan sedikit, tapi hampir seluruh org2 kita nie akan pilih jawapan last.. x caya? heh.. simple jek.. aku dapat bukti kat opis aku sendiri.. "kan dah nak raya!".. bukankah itu perkataan yang akan selalu keluar? bukannya "sedihnya, ramadhan nak pergi.. bolehkah aku jumpa lagi bulan ini?"..

kat mana kita sekarang ini? lagu raya, promosi raya.. semuanya dah start sebelum nak puasa lagi.. apa makna semua tue? kalau mind set dah asik pk raya, belum apa2, "eh dah nak raya la bulan depan.." (cakap2 pada sya'ban).. apa tue? dah tue, puasa nie apa benda? puasa hanya "tahan diri dari lapar dan dahaga, dan boleh buat solat terawikh.."

apa sebenarnya puasa nie? apa hikmah puasa nie? kenapa Islam suruh kita puasa? apa significant puasa ni? rukun ke berapakah puasa nie? pernah tak kita pk benda2 nie?

sahabat2.. tolong komen dan bg kata2 yang boleh kita ingat, puasa adalah suatu ibadah.. bukan satu perayaan.. ONEGAI...

wallahua'lam..

5 comments:

isuzu_aizu said...

ehem, cume share ngan org terdekat je ye. mentang2 dah ade org yg sangat dekat :P

anyway, tentang perkara yang ko bangkitkan tu, mungkin benda ni dah jadi tradisi zaman berzaman org melayu bila nak raya mmg sakan. (kan ade dlm lagu senario, 'hari raya semua bagai nak gile, bila puasa buat2 la lupa'). so mmg kita nampak pesta tu kat mana2 sblm raya ni.

aku pernah merasa ramadhan kat tempat orang, mmg lain suasananya, of kos la oz tak puasa makan minum hisap rokok dpn kite je. aku pun sll bukak puasa minum air dlm lecture kul 5-6pm (magrib kul 5.15pm, isyak 6.15pm) lps tu berkejar2 solat isyak, baru boleh balik rumah. tp bila time free (weekend or hari takde kelas petang) kitorg berlumba2 pg ke masjid solat terawih, budak2 yang rumah dekat dgn masjid akan sediakan moreh utk kami mkn ramai2 lps terawih, siapa2 yg ade kereta tolong tumpangkan budak2 yang takde kerete g masjid, budak2 laki mcm biasa amik kesempataan berbuka nasi biryani arab kat masjid setiap hari (suke la tu mkn free, haha). sahur dgn housemate2, tadarus sama2, kalau tak ke masjid terawih pun, jemaah terawih kat rumah, mmg lebih feel, sbb biasanya ramadhan dah dekat dgn exam final. jd susun jadual tu ngam2 je utk study dan penuhkan pengisian ramadhan. persiapan nak raya alakadar, sambil2 study curik2 wat kuih raya simple2, biskut almond (bahan murah kat sana), cornflakes madu boleh dijumpai di mana2 rumah student lain sbb tu yg paling sng. hehehhe. biasanya raya dlm seminggu sblm final exam, jd raya pertama tu je pg masjid utk berkumpul semua org islam dan pg open2 house senior2, baju raya ade la sepasang kot nak melaram pagi raya, selain drpd tu pakai je baju2 yang ade. simple, yet memorable.

student club biasanya buat iftar jamaie time puasa , sesi tazkirah, solat terawih sama2. mmg sayu kalau mengingatkan. mungkin sbb kat sana source kurang, jd student club sediakan platform utk aktiviti dakwah dan pengisian hati, bukan sekadar student yg join, org2 melayu berkerjaya dan berkeluarga pun kdg2 turut menyumbang dr segi pengisian dan makanan berbuka.

majlis sambutan raya yang dibuat oleh org2 melayu yg lama menetap di sana pun diisi dgn persembhan nasyid anak2 diorg yg dah tak reti sgt nak ckp melayu, marhaban, sajak, selainnya aktiviti2 tradisi mcm pertandingan menganyam ketupat (kompem2 tak ramai yg tau anyam ketupat).

eih sorry aku melalut citer pasa raya, tp kesimpulannya, ramadhan di sini mmg sangat berlainan. semua dah sakan nak ingat raya.
tp bg pendapat aku, kesedaran tu dtg dari diri kita, kitalah yang akan hidupkan ramadhan utk diri kita, bukan org lain. orang lain nak berpesta atau ape pun, kita kena hidupkan dulu feel ramadhan tu dlm diri kita, dan kita doakan yang lain pun akan dapat hidayah yg sama. iAllah, kalau kita diberi kekuatan, kita dapat beri impak sesuatu pd org2 sekeliling spt keluarga kita, dan seterusnya masyarakat sekeliling.

p/s aku pun kdg2 letih dgr lagu raya hari2 kat opis ni. huuuhuhuh

Murlak_s said...

aizu, thanks.. tapi, kalau environment pun x menggalakkan.. cemana nak buat, ye tak? ko azam cemana kuat, kena org sebelah spoil mood ko.. hancus gak, kan? contoh, bila akak2 x puasa, and lapo.. faham la lapo.. tapi jgn la tunjuk sgt yang hang x puasa and nak makan, sampai tanya "kalau buat projek, malik dengar apa2 x?" WTF? hampes.. kita kat sebelah nie, geram.. xde rasa respect betul.. haiz.. dok utan lagi aman kot.. haha

isuzu_aizu said...

oh kalau kes tu malik, kene chill je la. sabar tu kunci kekuatan iman. kat opis aku bukan skadar soksek2, tp aku dok baring amik nap kejap kat ruang solat, diorg mkn kat sblh aku, 3-4 org. aku tak kesah pon, sbb bukan terliur pun tgk diorg mkn. siap boleh bau ikan satu department kalau dok makan tu. so kene sabar je la. bg aku mende tu small matter. mungkin sbb dept aku ada 2 org je laki kot. tp takpe, kalau ko rasa kacau bilau dgr org soksek2 makan, ko try la p common room ke, bace paper ke, tdo ke, tak pun g solat trus kat surau. baca quran etc. iallah tak de org mkn kat situ. hehehe

sabar ye malik ;)

djambu puadovich said...

benda2 yg ko nk utarakan ni, xsemua org boleh paham. nk tau sbb pe?

sbb xsemua org dpt pendedahan mcm ko. nk tau sbb pe org xdpt pendedahan mcm ko?

sbb xsemua org dpt dok sekolah agama.

pulak tu, xsemua org gi dtg kuliah agama kat masjid/surau ke.

jadinya, ko jgn la rasa pelik, tekanan jiwa tak tentu pasal. misal kata kalo dari kecik dia xpenah tau, xpenah amik tau dan tak penah hingin nak tau, ko bagi la tau.

dan klo nk bagitau, kene la bersabar.

tapi ingatlah, kesabaran tu bukanlah diberikan kepada semua orang...;)

Suhaimi Mohd Nasir said...

Semuanya ada kebenarannya.. tapi setiap insan berbeza penerimaannya..

bersyukurlah kerana kita dikalangan org2 yg sabar..