Thursday, November 4, 2010

Quotation of the day..

"the mother of all evil is speculation.."
this was taken from movie Wall Street Money Never Sleeps.. so much moral story, but have to remember, Islam has already put a guide on all these things.. to trade, to exchange.. everything.. how Beauty Islam is..

tapi la, latest ayat best dari Ust Zahazan dalam Cd tafsir Al-Quran.. "buku biar dibaca, kalau jadi suci dalam debu pun x berguna buku tue.." mengingatkan pada diri sendiri.. buku dah makin byk kat umah tue.. satu kitab pun blum abis baca.. yang dah abis balik2 kitab Gempak! haha.. hampes..

Wednesday, November 3, 2010

Non Value Added work..

Non = tidak ada, yilek, nothing, hampes.. x guna pun..
Value = nilai, harge, significant...
Added = tambahan, berguna, yazid (arab daa..), lawan kata bagi berkurang, antonym for less..
work = kerja, tugas, tanggung jwb..

pendek kata, sesuatu kerja yang x buat lagi bagus, buat menyusahkan diri/org lain..

tapi, kalau dah dok asik diarahkan untuk buat non value added work nie, sape nak jawab? bila masa nak maju kedepan?

maka, si luncai pun lemas bersama labu labi nya..

Thursday, October 28, 2010

Kerjaya, kerja, dikerjakan, mengerjakan2...

cuba defisikan perkataan yang ada pada tajuk topic nie,.. antara kerjaya, kerja/bekerja, dikerjakan, atau mengerjakan.. then, cuba fikir, apakah kerjaya anda, anada bekerja demi siapa, dan apakah anda dikerjakan atau mengerjakan org?

sedih.. tapi sesedih aku kat opis, sedih lagi melihat umat2 yang ada kat luar sana.. dunia akhir zaman.. haiz...

Wednesday, July 14, 2010

Heaven on the Earth!

salam,

minggu lepas dapat la hamba meluangkan masa dengan teman hidup hamba di perkarangan pulau yang dinamakan Langkawi.. walau kurang arif akan maksud Langka-wee tersebut, namun tempat itu dikatakan oleh pelawat bangsa asing sebagai Heaven on the Earth..

Pelawat: We are soo jealous with your country.. you have Heaven on Earth..
Hamba: really? owh.. ok.. (bila masa plak Allah turunkan syurga nie?)
Pelawat: our country is really hot and have dessert and all that.. we dont have like your country have.. soo beautiful and nice..
Hamba: owh.. please enjoy your holiday..

so think about it! sedar x kita? kita nie ada syurga dunia dah beb!

Friday, July 2, 2010

Antara tanggungjawab dan kebiasaan (amalan)?

Bismillah..

lama dah aku x post.. nie pon aku post sbb nak release tense jap kat opis yang jadi kandang tertutup (mak aku kata penjara) yang panas disebabkan oleh aircond xde.. haiz...

balik pada topik kita harinie.. aku bagi situasi:

SITUASI 1
isteri: abang, tolong bersihkan sket umah.. dah berhabuk la..
suami: aik? nape plak abg? bukan itu tugas awak ke?

SITUASI 2
suami: Mah! abg dah balik nie.. makan dah siap ke?
isteri: saya belum sempat masak lagi la bang.. anak kita nie meragam..
suami: apasal x masak lagi? abg dah lapar nie! cepat pg masak!!

SITUASI 3
isteri: abg, saya nak keluar sekejap jumpa kawan boleh?
suami: apa keluar2 nie? tugas awak melayan saya je.. bukan melayan kawan2 awak.. syurga awak bawah tapak kaki saya tau!!

SITUASI 4
isteri: abg, dah lama kita x balik kampung melawat mak dan abah saya.. kita balik nak?
suami: buat apa? itu mak ayah awak, bukan saya.. awak tu dah jadi tanggungjawab saya, bukan mak ayah awak lagi.. buat apa nak balik?

haha.. kepada suami2 yang membaca diluar sana (termasuk diri sendiri)..ini adalah peringatan.. selagi anda beragama ISLAM, maka keempat-empat situasi diatas menunjukkan si-suami tidak memahami tanggungjawab dan ber-ego tinggi..

hanya situasi 3 je aku berani kata suami ada hak.. tapi, takkan la hang nak kurung isteri jek, kan? untuk situasi yang lain, sila belajar ilmu agama lebih dalam ye (termasuk la diri sendiri).. mmg la dalam adat melayu, isteri yang buat semua tue.. tapi, dalam ISLAM, TIDAK SAMA SEKALI..

so, apa pula komen anda? think about it..

p/s: situasi2 diatas tiada kait mengait dengan sape2.. ini hanyalah dari kebiasaan yang didengari berlaku kini..

Tuesday, March 23, 2010

Pendidikan Seks di sekolah?

hari ini dalam radio aku mendengar cerita pasal Pendidikan Seks di sekolah.. perlu atau tidak kita implement sekarang? Motif? nak menghalang dari kes pembuangan bayi dan gejala x sihat yang lain..

hurm.. my personal view la.. nampak gaya kita nie makin ke arah negara barat.. sedeh.. kalau kita tgk negara barat pun, diorang bukan dapat prevent sgt.. berapa percent je prevention? the, kalau betul la dpt anak luar nikah, berapa ramai single mother yang ada kat sana? the gov terpaksa menanggung mereka disebabkan akhlak or moral or kesedaran mereka yang x betul..

just think about it.. apa lagi kesedaran yang patut kita buat? yang aku nampak, dengan pendidikan seks nie boleh menyumbang lebih lagi kes2 nie.. why? sbb remaja/pelajar nie ada sikap ingin tahu.. lagi dilarang/ditegah lagi la nak buat.. dan diorang x nampak kesan sampingan dari perbuatan tue sampai la 10-20 tahun akan datang.. takkan la kita nak tunggu dah 10-20 tahun baru sampai kesedaran tue?

my mum selalu tgk citer korea kat channel 303 astro.. balik2 pasal anak luar nikah, nikah dengan org lain, anak dari org lain la.. then semuanya jadi problem.. takkan kita nak tunggu sampai jadi mcm tue?

best solution dah ada kat kita.. sedar x? 1) hudud.. tapi memandangkan implementation sukar dibuat, kita kena la buat benda lain.. why hudud the best? Coz, kita memberi pengajaran public dan seterusnya prevention.. kita hukum org yang berzina, 100 sebatan (bagi yang belum kawin), kita bagitahu public, kesan zina nie akan melarat sampai ke anak cucu.. kalau ayah pernah berzina, apa anak takkan berzina juga? kalau mak dulu boleh jual maruah dan pakai seksi, apakah anak takkan ikut? kalau 100 sebatan org takut, takkan ada org nak berzina dan buang anak?

2) terapkan balik nilai akhlak.. akhlak bebudak sekarang dah truk.. semuanya depa tgk kat org dewasa sekarang.. mak, ayah, mak cik, pak cik, kak long, abg long.. apa kalau mak ayah kaki memaki mencarut, anak x ikut join sekaki? kalau mak ayah pakai sehelai benang jek kat badan, apa anak tetiba boleh x nak ikut mak ayah dia yang seksi lagi hot itu?

usah la nak salahkan cikgu ke, mak ayah yang bekerja ke hape ke.. kalau kita nak masyarakat kita bagus, kita kena bekerjasama.. sekolah boleh nak wajibkan program motivasi/pemulihan akhlak kepada bebudak.. mak bapak plak jgn la x hirau anak or cakap "deme cikgu2 semua tipu jek.. bapak nie ok jek.." patut mak bapak pun kena bekerja keras untuk ubah diri gak!

hm.. peringatan ini juga untuk diri sendiri.. sesama la kita mencari redha Ilahi.. wallahua'lam..

Wednesday, March 10, 2010

Financially free?

Bismillah,

before i start, let me say this 1st.. there is no way that we can get money for granted and be rich in short time.. example, by doing such login to some website, and we keep get money and become rich.. i will say it is CRAP!!

unless if you manage your money to do business and it will include risk, then you can get money such investment.. yet, it still need your time and patient.. in finance theory, the high risk you involve, the high return you may get.. yet, it not that if you invest today, then you can get 200% return tomorrow without doing anything...

from money you make more money.. its Riba'.. except for partnership or such capital investment..

adeh.. susah nak explain byk.. tapi, mmg hampeh la kalau org dok bising nak cepat kaya just pim la hape la.. MLM pun ko kena jual barang.. bukan ko boleh trus kaya..

stop la pursuing ppl and say no truth.. cukup la.. berdosa menipu, even x berkata benar.. haiz..

apa yang patut kita buat? sila belajar lebih lagi.. k..

aku rekemen sila baca buku "rich dad, poor dad" dan main game catur bestari dari Perbadanan Johor.. its the best knowledge for personal finnacing..

Wednesday, February 24, 2010

Kita adalah manusia..

Bismillah..

Lama sudah daku tidak buat entry.. dah xde mood nak buat apa2 keje.. haha.. even untuk update apa2 entry..

tapi kini otakku dalam keadaan tertekan, hati rasa xsedap? kenapa? dok asik pk pasal org lain dan masalah yang org lain timbulkan.. haiz.. (mengeluh 5 min jap........................)

-sunyi-

dalam hal yang aku penin ni, cuma satu je prob.. attitude dan kefahaman.. attitude kita terhadap orang, attitude kita terhadap org yang kita sayang, attitude kepada org yang darjatnya lagi tinggi dari kita, plus syurga adalah dibawah telapak kakinya..

Org tua mudah sentitive.. kita kena cakap bebaik.. jgn sesekali kita menyinggung perasaannya dengan sengaja.. kalau x sengaja tue, kira bleh dimaafkan la gak.. tapi kalau sengaja.. adoiai..

parent, x kira mertua mahupun parent sendiri adalah tanggungjawab bersama suami isteri.. apa, ko ingat ko dah kawin ko bleh lepas diri? sori... nak lepas diri, kat akhirat nanti, k.. kalau x, jgn kawin.. kalau x sanggup nak hadapi mertua, usah kawin.. perkahwinan adalah satu perkara yang membolehkan kita membuat lebih byk pahala, bukan dosa.. kalau kawin nak dapat dosa, baik x yah kawin..

cedeh la.. itulah masalah bila kita ambil ringan hal2 agama... please, sesiapa yang membaca entry ini.. kalau ada anak, ajarlah agama sebaiknya.. ajar sendiri lebih baik.. jgn harapkan sekolah.. parent is the 1st school for children.. x guna ko ada jawatan tinggi, or jadi ulamak sekalipun, tapi anak dibiarkan xde ilmu agama..

Tuesday, December 22, 2009

Hidup mcm org biasa..

Sometimes, when we lose something, then we realize that it is important to us.. mostly, we try to persue something that might not be true, what we call dreams and ambitions.. however, what we try to catch, not exactly the same with what we want..

haha.. poyo x ayat atas nie? tapi, aku rasa inilah yang terjadi pada diri setiap dari kita.. kenkadang kita nak hidup mewah, dan terkenal.. tapi, kita x tau, bila kita mewah, ternama dan hidup senang, akan ada org yang x senang dengan kita.. kalau mcm artis tue, paparazi mesti ada kan? x senang hidup depa.. tapi, kalau paparazi nie xde, depa pun xde sape kenal.. kan?

tapi, selagi semua yang kita kejar bermatlamatkan redha dari Allah, pastinya... HIDUP LEBIH SENANG DAN TENANG.. walau kita nie insan biasa.. percayalah..

Monday, December 14, 2009

Lagi pasal kawin..

kini kita digemparkan dengan hal2 maskahwin.. hurmm

80 naik ke 300.. tapi ada tempat yang xde.. ada yang maintain 22.50 jek..

aku dengar radio, ada pertikai boleh bli HP mahal2 la hape la..

x kurang gak yang kata kalau nak murah kawin jek ngan org johor..

logik aku mcm nie, maskahwin tinggi akan lead pada hantaran tinggi.. hantaran tinggi lead kepada hutang.. hutang lead pada hidup susah.. hidup susah lead org xnak kawin.. org xnak kawin lead pada maksiat, zina dan mcm2 lagi..

so, korang punya logik plak cemana? sila utarakan!!

Saturday, December 12, 2009

Kenangan..

Kadangkala, kita sering teringat masa lampau, masa kita membuat kesilapan, membuat kerenah dan pe'el yang x sepatutnya.. biasa la, darah muda, mcm2 yang cuba dibuatnya.. kalau boleh, mahu saja menakluki dunia ini, biar kita menjadi raja.. biar obama mahupun bambang mengikut telunjuk kita.. namun, jika kita memberontak, mahu senapang yang diacu ke kepala kita..

ku terkenang, kisah daku dengan sahabatku..kisah ini berlaku di ibu kota.. sarat dengan kenderaan dan manusia.. ketika itu, kami mahu pulang.. pulang ke tempat perlindungan sementara, yang selesa diselubungi oleh biah islamiah yang jarang2 ada di malaysia ini..

seakan ada kanun tersendiri, kami beratur membeli sekeping kertas keras sebagai satu pas perjalanan yang harus dimasuki ke dalam mesin.. ibu kota kini maju, mahu kemana sahaja sudah pantas.. tidak perlu tunggu lagi kenderaan gergasi yang boleh memuatkan 40 orang seperti yang ditulis di badan kenderaan itu, namun hakikatnya selagi boleh disumbat manusia walau jadi sardin cap ayam pun, akan cuba diangkut dan dibawa lari..

selesai memasuki pintu automatis menggukan kertas keras, kami berjalan ke tangga, atas sebab manusia ramai ketika itu.. peluang untuk menggunakan tangga bergerak adalah tipis, malahan jika terlalu ramai, perjalanan akan terasa sgt lambat.. dengan sengaja, aku menuruni tangga dengan pantas, meninggalkan 2 orang rakan ku yang lain untuk tiba lebih awal..

tiba2, satu lembaga dari sebelah kiri dengan pantas memintas.. gear ke 2 dan 3 aku skip.. terus ke gear maksimum, cuba berlumba dengan lembaga itu.. baru sahaja turun 7-8 anak tangga, tiba2 lembaga yang tingginya dalam 1.7 m tiba2 pendek menjadi 0.7m sahaja.. malahan kadar penurunan tangganya lebih laju, membuatkan ku berhenti melihat peristiwa yang berlaku.. sadis.. isk.. nangka pun x mcm tue.. mau 10 anak tangga dia duduk bergilir.. sedangkan ketika itu, baru sahaja sebuah train terlepas dan org ramai sedang menaiki escalator naik kat sebelah tangga nie..

.........................................................................

pergh.. sakit giler bontot aku.. sengal tul selipar nie.. bleh plak nak licin2 time2 nie.. haiz... sakit punggung boleh tahan lagi.. sakit malu? adeh..

ye, ekceli.. lembaga itu adalah aku.. pk la sendiri..

Friday, December 11, 2009

Terlalu konfiden..

Hari jumaat, dibawah sinaran mentari terik, umat Islam menunaikan kewajipan di tengah-tengah bandar yang tidak pernah sunyi.. hairannya, hanya hari2 perayaan sahaja yang akan sunyi seolah2 pekan hujung perkampungan, dimana hutannya adalah bangunan konkrit mencakar langit. dalam saf yang melimpah ruah, seorang hamba Allah bersama menunaikan solat Jumaat.

dua rakaat diselesaikan, doa mula ditadah.. meminta diterangkan hati, diampunkan dosanya dan kedua ibu bapanya.. lantaran itu, bingkas hamba itu bangun, mahu pulang ke pejabatnya.. kewajipannya kini adalah kerjanya.. dengan kadar segara, hamba itu mencari LRT terdekat... ya, hanya beberapa langkah, sampai sudah stesen yang dicari, kerana stesen itu sememangnya dinamakan sempena masjid yang terdekat..

bersahaja, hamba itu membeli tiket, dan terus menuruni tangga. dengan hanya menggunakan pengalaman, maka hamba itu mengikut kebiasaan dan trus ke pintu sebelah kanan. bosan, maka diambil HP nya, dan mainlah hamba itu sehingga train sampai. masuk hamba itu kedalam train, sesak.. ramai sungguh ummat manusia di hari jumaat ini.. diteruskan bermain dengan harapan, penat tidak mengunjung pabila sampai di tempat yang dikehendakinya..

nasib semakin menyebelahinya, pabila selepas satu stesen, train itu lengang dan banyak tempat duduk.. maka hamba itu mencari tempat berlabuh punggungnya.. baru sahaja berlabuh, terdengar pengunguman.. "Ting.. Ting.. Ting.. Stesen berikutnya, Damai... Next Station, Damai.."

Tergamam.. PEJADAHNYA AKU KE DAMAI.. NASIB AKU X SAMPAI SEREMBAN!! AKU NAK KE KERINCI BEB!! ADEH..

Lu pk la sendiri..

Tuesday, October 27, 2009

Panggilan hangit? berpada2 la beb..

salam, setelah sekian lama.. harini baru aku ada mood nak tulis sket..

harinie pasal panggilan hangit di HOTZ.FM pagi nie, pasal poligami.. sebelum apa2, aku akan menyatakan bahawa aku berada di pihak neutral.. aku x sokong lelaki mahupun perempuan.. nape? mari kita berbincang..

situasinya begini.. harinie seorang isteri yang mempunyai anak (x diberitahu) telah terkena panggilan hangit yang diminta oleh suaminya.. panggilan hangit tersebut meminta isterinya untuk pergi ke pejabat agama/kadi (atau sewaktu dengannya) untuk menurunkan tanda tangan bagi membenarkan suami berpoligami.. akan tetapi, malangnya ia adalah situasi yang benar, dan bukan main2.. si isteri dengan penuh perasaan menyatakan ketidakadilan suami dimana suami tanpa berbincang hendak berpoligami..

solution yang aku pk dalam kereta tadi:
bagi si isteri:
1) bertenang dan muhasabah diri.. masa nie dia kena fikir apa sebenarnya yang dia kurang dan apa yang si suami nak..
2) buat ibadah, mintak petunjuk dari Tuhan.. seelok2nya buat istikharah dan solat hajat agar masalah rumahtangga selesai..
3)cuba cari jalan untuk berbincang dengan mereka yang bekenaan.. esp si suami..

bagi si suami:
1) fikir elok2 untuk apa dia nak berkahwin? fikir gak samada boleh bersikap adil, mampu tanggung nafkah zahir dan batin..
2) YANG PALING PENTING!! jangan jadi dayus dengan bersikap tidak adil! berbincang! berbincang! dan berbincang! bila tidak bersikap adil, maka nerakalah tempat yang elok bagi diriMu!

wahai kaum wanita, pasti ramai yang tidak puas hati.. tapi, kita kena tgk beberapa situasi..
1) adakah berpoligami ini untuk mengelakkan fitnah dan juga menyelamatkan maruah suami?
2) atau perkahwinan itu mmg nafsu semata2?

kalau no 2, aku pun x setuju! org mcm tue, kalau kata nak lepaskan, terpulang.. ingat, bercerai adalah benda yang tidak berdosa, tapi mendapat laknat dan menggegarkan arash Allah!

tapi kalau no 1.. fikir la.. andai berkahwin itu mengelakkan dosa, jgn la dihalang.. kalau x, penghalang tue la yang tanggung dosa..

akan tetapi, wahai kaum lelaki.. jangan dicari alasan dan sengaja menjadikan alasan untuk berpoligami.. berat beb nak pandu keluarga.. sebelah kaki dah confirm masuk neraka.. Allah dah kata yang bermaksud: "Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari Api Neraka!"..

fikir2 la..

Thursday, September 10, 2009

Apakah itu ramadhan?

bismillah,

lama dah x update.. byk benda yang berlaku.. yang pasti, aku hanya luahkan pada org terdekat aku sahaja.. huu...

sahabat, dan pembaca2 sekelian.. mari kita rungkai persoalan dalam kepala aku sepanjang puasa ni.. byk benda yang makin aku x puas hati dari tahun ke tahun.. apa yang pasti, rasa best berpuasa makin hilang dari tahun ke tahun.. simply because of kita org melayu.. huu...

apa itu ramadhan? bulan puasa sahaja ka? bulan kita pulun amalan? bulan kita nak berperang kabir dengan lebih hebat dgn nafsu kita? bulan baru nak pg ke masjid? bulan rezeki? bulan yang byk buat jualan sale dan semuanya murah2 belaka? atau bulan semata2 selepas ini ada hari yang paling ditunggu dan dinantikan oleh org ramai, x lain x bukan hari yang dipanggil hari kemenangan oleh org2 kita setelah sebulan berpuasa, hari dimana kita dah boleh makan balik seperti biasa, hari kita akan jumpa sanak saudara, hari pakai baju baru, iaitu hari raya aidilfitri..

rasanya majoriti, bukan sedikit, tapi hampir seluruh org2 kita nie akan pilih jawapan last.. x caya? heh.. simple jek.. aku dapat bukti kat opis aku sendiri.. "kan dah nak raya!".. bukankah itu perkataan yang akan selalu keluar? bukannya "sedihnya, ramadhan nak pergi.. bolehkah aku jumpa lagi bulan ini?"..

kat mana kita sekarang ini? lagu raya, promosi raya.. semuanya dah start sebelum nak puasa lagi.. apa makna semua tue? kalau mind set dah asik pk raya, belum apa2, "eh dah nak raya la bulan depan.." (cakap2 pada sya'ban).. apa tue? dah tue, puasa nie apa benda? puasa hanya "tahan diri dari lapar dan dahaga, dan boleh buat solat terawikh.."

apa sebenarnya puasa nie? apa hikmah puasa nie? kenapa Islam suruh kita puasa? apa significant puasa ni? rukun ke berapakah puasa nie? pernah tak kita pk benda2 nie?

sahabat2.. tolong komen dan bg kata2 yang boleh kita ingat, puasa adalah suatu ibadah.. bukan satu perayaan.. ONEGAI...

wallahua'lam..

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Datang lagi..

Bismillah,

Ramadhan datang lagi,
Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur berjumpa dengannya lagi..
peluang terbuka lagi.. hanya tinggal kita untuk memenuhinya bersama amal ibadah yang sepatutnya..

Ya Allah,
ringankanlah tulang2 kami, untuk melebihkan amalan kepadamu.. hanya untuk RedhaMu..

persoalan,
kalau ramadhan je kita buat amal lebih, tapi bulan2 lain kita langsung or jarang2 buat, hipokrit kah kita?
sila komen ye.. LU PK SENDIRI!!!

Thursday, August 13, 2009

Kebodohan yang nyata.. really?

oleh kerana aku sgt2 bengang, dan kebodohan orang2 atasan semakin menyerlah, maka kat sini aku ingin memberikan kesedaran kepada anda semua bahawa jangan jadi org yang BODOH SOMBONG semata2 kau ada PANGKAT dan ko rasa semua org perlu dengar kata kau!

please la, consider org lain yang nak buat keje demi KAU!! kitorang bukan dapat apa2 pun.. tapi, kau bukan memudahkan kami, menyusahkan lagi menyesakkan fikiran jek.. buat sendiri la majlis tue kalau nak! dan apa yang pasti, sebagai HOD, apakah pernah kau consider majlis yang nak buat tu macam mana?

Im quit for sure after this.. aku malas nak pk.. sorry la.. dari menyusahkan aku, baik aku blah!

Friday, July 31, 2009

Org suka merepek?

Bismillah,

lama dah kan aku x update.. yang pasti, aku byk hal kena buat.. keje biasa jek.. tapi, kerja2 luar baru nak membiasakan diri.. biasalah, kalau x, xde la aku kena kutuk tiap2 hari..

frankly speaking, aku x suka kena sindir melampau.. sket2 sudah la.. tapi kalau sampai tiap2 hari, benda yang sama, macam org jakun xde pengalaman, padahal dia lebih tau dari kita.. bangang!! bukan nak bagi kata2 semangat, tapi membuat org meluat ada la..

tapi pg semayang jumaat, sorang lagi makhluk yang suka merapu.. x habis2 citer pasal nafsu.. adeh.. pastu dok nasihat org kawin lagi.. hang tu, nape x buat? walaupun aku x oppose poligami, tapi x bermakna aku sokong 100%.. Allah buat rules ada sebab musabab.. dan jgn terlalu ambil mudah dengan kebenara/kebolehan/kekuasaan yang kita miliki.. pakai otak yang kat kepala, bukan pakai kepala lutut!!

aku ingat makhluk2 mcm nie aku jumpa sorang je kat uia, rupanya kat luar mmg lagi ramai.. diorang x takut ke kalau2 kata2 mereka memberi semangat kat org lain, pastue tup tap org tue buat dosa.. x ke namanya dia syubhat dan ada saham dalam hal dosa tue?

pujian sekali bermakna kata semangat.. pujian byk kali, apa makna? kalau tambah suara sinis mcm perli, apa plak maksudnya? jgn la suka nak pekena org.. jgn suka perlekeh org.. kalau maki, ko tanggung dosa sendiri, ko bagi pahala kat org tue.. tapi, kalau dok buat org sakit hati?

pk la sendiri.. malas!

Friday, June 5, 2009

Selesai sudah?

Bismillah,

satu bab sudah selesai.. tinggal satu je lagi.. semua ok.. ada masalah sket2 tue biasa la.. hope semua berjalan lancar, sampai habis..

Byk lagi kena belajar.. yang paling penting, blajar bersabar.. byk dugaan.. hanya Tuhan saja yang tahu..

Apa pun, nikmat dunia yang Allah janjikan, x mudah nak dapat.. kita perlu byk muhasabah dan bersabar dengan ujiannya..

wallahua'lam..

Tuesday, May 26, 2009

Bila cakap pasal amalan..

bismillah,

penah tak terfikir nak buat sesuatu ibadah tue, mmg totally "lillahi taala".. xde mengharapkan apa2 balasan.. walaupun Allah dah janjikan kebaikan or ganjaran..

atau, sekali sekala kita nak jadi mcm para sahabat.. menggadai semua harta demi agama.. penah x?

atau kita sering cakap, "kita ni belum tahap para sahabat, apatah lagi nabi.. nabi2 maksum.. Allah jaga.. sahabat plak semuanya alim2 belaka.. kita nie, agama pun x habis belajar, cemana nak jadi mcm mereka?"... penah x? atau sipi2 cara cakap nie la..

ingatlah.. samada kita nak jadi mcm mereka atau tidak, itu semua dalam tangan kita.. kalau kita nak, kita boleh buat.. kalau x nak, mcm2 alasan akan keluar.. hati kita sebenarnya dah byk hitam.. sbb dari kecik pun, persekitaran kita menghitamkan hati kita.. Thanks for our parent to guide us, yet.. if we just rely on them only, we cant do anything..

Allahu Akbar!!!

Wednesday, May 20, 2009

Bila kita diatas..

bismillah,

kenkadang.. bila fikir2, nape la org2 yang dah besar jawatan nie mmg akan dilabelkan sebagai org yang mudah lupa diri, berlagak dan sebagainya...
zaman kini xde lagi yang jadi mcm saidina omar al khatab or saidina omar abdul aziz.. atau mana2 khalifah yang agung.. dimana kalau dia jalan dengan rakyat.. rakyat x kenal dia sebagai pembesar.. itulah baru betul berjiwa rakyat.. kena maki kena komen depan2, diorang bleh dok sabar, dengar dulu.. balik siap nangis dulu.. sbb itulah kelemahan dia pada rakyat, and satu dosa yang dia rasakan.. sbb x dapat menjadi pemimpin yang baik..
padahal, dia dah sgt baik, tapi pada dia x cukup baik lagi..

nak tau lebih byk, baca la buku "belajar dari 2 omar".. itu khalifah, belum nabi.. kalau depa dok kata nabi maksum, sahabat x kan? tapi, cara mereka sendiri seolah2 mereka ini maksum.. sbb mereka menjaga rakyat lebih dari jaga diri sendiri..

apa yang aku nak perkata adalah pasal org2 besar zaman sekarang.. bukan sahaja pemimpin negara.. tapi juga pemimpin2 syarikat.. bayangkan, suruh org bwk cut cost.. tapi? dia kalau nak renovation ka, bli kete ka, buat project.. bleh plak sampai juta2.. heh...

fikirkanlah.. andai kata anda jadi pemimpin.. bisakah anda jadi macam saidina omar? atau sama je terjunam dalam lembah neraka seperti kebanyakkan pemimpin kini.. ingat, bila kita jadi ketua, sebelah kaki kita dah pasti masuk neraka.. pasti.. no doubt bout it..