Monday, March 23, 2009

Universiti?

Aku nak dengar pendapat ko.. tentang sikap ibu terhadap anak..
Aku penah dengar perbualan seorang ibu terhadap anaknya..

Situasinya adalah di kedai serbaneka, tempat aku kenkadang bli komik..

Anak: Mak, x payah bli pensel kayu, adik dah ada pensel tekan2.. bli ubat pensil jek..

Mak: Tak payah.. jangan ngada2.. Org duduk universiti pun pakai pensil kayu jek.. X pakai pensel tekan2..

(anak pun kecewa, x mampu menentang apa2)


Korang rasa cemana? patut ke?

Thursday, March 19, 2009

Buang duit.. atau, saje nak bagi duit tue kena pijak..

kali nie aku nak perkata mengenai beberapa perkara yang kita sedar atau x sedar yang sebenarnya kita suka2 membuang duit, membiar duit dibakar, atau dibiar duit dipijak, seterusnya ia menjadi satu pembaziran..

contoh paling senang, ko bli rokok.. then ko bakar rokok tue.. untuk apa? sedut asap jek.. lain dari tue? rasa best? puas hati? tapi hakikatnya ko membakar duit tanpa ada pulangan apa2 yang menguntungkan diri ko, selain perasaan puas...

sama la gak dengan benda2 lain.. let say nak buat majlis makan2 ke, hape ke.. ko nak buat super grand.. untuk apa? nak pujian org.. nak suh org lain kata ko mmg kaya, hebat majlis tue.. padahal motifnya nak bg org makan gak.. xde lain pun.. and then, makanan byk terbuang, membazir, last2 ko tanam jek.. sbb ko nak bg org2 kat taman pun, semua org dah dapat.. or ada 5 majlis yang lebih kurang sama kat kawasan perumahan tue.. lain la yang ko jemput tue mmg sejuta org.. mmg la kena buat grand.. ko nak cater org makan yang begitu byk.. tapi x perlu la buat mcm majlis makan untuk 2juta org plak kan?

aku bg analogi lagi la.. simple.. let say la.. hurm.. aku xde eg lain la amy, kena cakap kad gak.. motif kad ko nak jemput org.. tapi nak puas hati punya pasal, ko buat la kad yang harganya RM1.00.. ko buat let say 500 keping.. so, total dia RM500.. (kad sahaja kot, blum masuk nak pos, stem ke hape ke..) nak banding ko cuba cari yang murah2, tapi nice gak.. (xde la kata buruk.. nak jemput org lain mesti la yang baik gak..) let say kad murah tue ko bleh dapat max RM0.25 sen.. dengan amount yang sama, total dia jadi RM175.. so, RM500-Rm175=RM325.. pergh.. makan sebulan lepas beb.. klu nak bli perkakas elektrik pun bleh dapat 2 barang.. Hp lepas satu.. kasut bleh dapat 3 pasang.. perfume bleh dapat satu set.. apa lagi ko nak..

nie baru 500.. klu seribu keping? beza dia? sewa umah lepas, nak bli mesin basuh pun bleh dapat yang auto tau.. giler la.. aku tulis nie, bukan nak kutuk ke hape.. nak sama2 sedar.. adakah nak mementingkan kepuasan, atau kehidupan ko selepas benda2 yang ko nak buat tue dah lepas? mcm kad tue, last2 org buang jek.. xde nye org akan simpan.. menyemak jek kat umah.. lawa mcm mana pun, tong sampah gak la tempat dia, or kat atas jalanan (nie org xde kesedaran sivik)..

bak kata kakak ipar aku la, dari buat mahal2, baik buat yang sederhana jek.. duit lebey bleh standby klu ada emergency.. let say, kereta broke down ke tengah2 majlis.. ada gak duit..
so lu pk la sendiri.. (aku sgt mengkagumi si Nabil.. dia melawak penuh ilmiah).. lets think about it.. no heart feeling.. chiow..

Monday, March 16, 2009

Metafora KLCC

Andai kata ilmu agama kat dunia nie setinggi KLCC,
tahap aku, Ground floor pun x lepas,

org lain ada lagi yang blaja mcm2, dari segi bahasa, nahu, saraf, aqidahnya, ibadahnya, hadith, usul fiqh.. apa la sgt yang aku nak bangga dengan ilmu yang aku blaja.. sekolah agama takat darjah 5 je, form 4&5 kat kisas pun, jauh mana je blaja.. setakat naqib, ko amik la budak mana2, bagi kitab, baca pun dah bleh jadi naqib..

TAPI.. kenapa la aku bleh lepas interview tanpa sepatah kata pun? apa muka alim sgt ke? org nampak nur ke kat muka aku.. nie perkara serius.. sbb aku risau.. aku bukan tahu apa pun.. aku mahu gak diuji.. nak tahu gak aku nie byk salah tang mana..

aku ingat lagi, uia, matrik.. ujian fardhu ain je pun.. aku kantoi beb, satu soklan x dapat jwb.. malu den.. tapi tu la hakikatnya... aku bukan terer pun dalam hal agama nie..

sbb apa metafora KLCC aku amik contoh.. dan sebab apa ground floor tue aku blum lepas lagi?
nie sambungan metaforanya.. andai kata lagi tinggi ilmu, sama mcm KLCC, cuba hang fikir, agak2 kat hujung2 atas tue bape kerat org yang dok sana? sorang dua je kan? tapi, semua kena jalan kat ground floor dulu, walau nak pg atas.. ground floor tue kira basic ilmu agama yang kita dok praktis hari2 la.. ingat tau ke semua selok belok dalam bangunan tue? dengan lorong2 dalam2 tue lagi.. mcm tue gak ilmu agama, mcm2 selok belok agama, kita x tau semua.. tue baru basic.. yang tinggi2 tue, hanya bape kerat je dikalangan kita bleh capai tahap tue? kan? (faham ke apa maksud aku nie?)

actually, aku pun fenin apa yang aku nak cakap.. adeh.. lu fikir la sendiri.. be happy.. just think bout it..

Friday, March 6, 2009

Siapa sangka..

Pernahkah anda bermimpi ngeri?

Apakah yang menyebabkan mimpi ngeri itu?

Pernahkah anda terfikir, perkara yang anda lakukan setiap hari.. bakal menghantui anda?

Anda tidak percaya?

Perkara ini telah berlaku padaku selasa malam rabu yang lepas..

ye, aku mimpi ngeri..

aku bermimpi........................ BUAT MONTH END CLOSING!!!

cipan.. xde benda lain ke aku nak mimpi? keje aku gak.. isk.. (down sehingga hari ini...)