Saturday, February 28, 2009

Islamic Bank.. As per request..

salam.. bertemu kembali bersama saya Bang Lik, dalam rancangan Just think about it.. (tiru nada nabil si raja lawak...)

sepertimana yang diminta untuk beri penjelasan, aku akan cuba semampunya.. sebelum tue, adalah lebih baik aku menjelaskan bahawa, benda nie aku belajar lebih setahun yang lepas.. secara theorinya sahaja.. dan aku bukan bekerja di sektor perbankan.. jadi, sila tegur jika aku salah atau kurang tepat dalam memberikan penjelasan..

dear friends.. as per theory that i've learn during my last year in uni, we know that banks is the place for you to have a loan/business/partnership.. however, dont you (especially those who study in IIU) ever think, why and why in Islamic Muamalah (business to be specific), there is only a few products that had been introduce meanwhile in conventional they already come out with 3-4 times more then us..

my answer is simple.. this is because the theory that we learned is the most ideal and i real path of Islam.. As Dr Yusof Salim had said, in muamalah, the command from Al-Quran and As-Sunnah is prohibiting what is wrong, unlike in ibadah, Q&S told us to do what need to do, and other than it is HARAM.. (x faham tanya ye)..

Now, back to our topic.. byk persoalan bila masa kita pg ke bank.. antaranya, kenapa dan kenapa, bila ramai ulama' kat luar mengatakan sesuatu product tu haram esp bai' inah, tapi di mesia seolah2 benda tue sgt dibenarkan mcm xde org kata ia Haram.. Cik Farah ada kata dalam komen sebelum ini, mengenai maslahah umam vs maslahah individu.. tapi, perkara haram ada compromi ke?

lagi satu, yang bleh jadi persoalan.. kenapa dan kenapa bank2 di mesia nie, (x kira konventional or islamic) xde yang berani mengambil risiko seperti mana yang disarankan Syariah.. dan disebabkan kan mereka tidak mahu menanggung risiko, ia menyebabkan si peminjam, or partner mengalami bebanan yang sgt truk.. cuba fikir, dah la ada bebanan, cemana nak recover balik? nak pinjam dari bank lain sure x bleh punya.. klu keje makan gaji pun, sampai bila baru bleh nak setelkan masalah hutang esp?

andai kata Islamic Bank kat mesia mahupun di dunia nie truely Islamic, isu yang aku cakap nie x timbul.. betul kan? mungkin.. sbb kita bukan bergantung pada ekonomi Islam yang tersendiri dan kita masih memegang money value based on paper, not gold or silver.. someone need or revolve this.. and this REVOLUTION will make us stronger..

Wallahua'lam

Thursday, February 26, 2009

Superman atas jalan.. kali ke 2

setelah sekian kalinya, ini adalah kali ke-2 aku menjadi superman di atas jalan.. and luckyly, apa yang aku alami hanyalah injured biasa..Thank God.. klu la fatal.. korang x jumpa lagi kot muka aku nie..

ok, kat sini aku akan bgtau 4 reason, and plus another one yang bleh dikatakan penyebab aku tergolek atas jalan..
1) ada mat bangla sedang menolak moto di bahagian kanan jalan motor..
2) mamat depan aku (blakang moto mat bangla no 1), lampu belakang dia x nyala.. dia cuma hon.. dan aku lambat perasan..
3) jalan licin, baru lepas hujan..
4)aku kena food poisoning..

dan last but not least.. aku jatuh di depan Guiness Anchor Berhad (GAB), dimana ketika itu kilangnya sedang beroperasi dan mengeluarkan bau yang mcm bangkai.. busuk yang amat.. menyampah..

maka, disebabkan reason ke 2, aku brek, dan moto aku mula menjajar disebabkan reason ke 3.. nasib baik aku x langgar org reason 1 tue, tapi akibatnya, aku tergolek dan menjadi supermen kat atas jalan raya..

malam tue, bila dah sampai umah, tido.. aku x dapat tido lena.. aku bgn sampai 7 kali, dan lastly aku muntah.. esoknya baru aku pg klinik.. huhu.. betapa azabnya tengah sakit badan, sakit perut plak.. klu lepas kat atas katil, karang apa plak akak aku cakap..

dan disebabkan kejadian ini, aku lambat ingat hari penting.. 25/2.. Im truely sorry.. God bless u..

Monday, February 23, 2009

Piknik, Tayang body, dan bogel???

Al-kisah... pada suatu hari, pergilah empat sekawan dari rumah di kawasan gombak, berbekalkan makanan yang baru dibeli dan persalinan baju untuk pergi menikmati keindahan dan mengagumi kejadian Allah.. perginya dengan niat menyegarkan badan dengan air sungai yang deras dan sejuk.. maka, empat sekawan itu telah berangkat seawal pagi menuju ke suatu kawasan berdekatan dengan rawang..

perjalanan yang mengambil masa hampir sejam itu ditempuh dengan tenang.. meskipun banyak kenderaan yang lalu lalang, tapi dengan lesen yang diperolehi, pastinya mudah untuk melaluinya.. tibalah empat sekawan itu ke tempat yang dituju.. berjalan mendaki ke tempat yang selesa, maka tiba ke kawasan sungai kanching yang sedikit juram (air terjun).. gembira, namun gembiranya berkongsi dengan hampir 10 orang yang mmg ada disana..

tanpa berlengah, mereka mempersiapkan diri, ada yang makan, ada yang terus menukar persalinan.. mandilah mereka dengan gembira.. namun, didalam kegembiraan itu, apa yang dilihat adalah sesuatu yang tidak sedap memandang.. (aku je kot.. org lain mungkin suka)..

si lelaki hanya berseluar dalam (boxer) dan mandi seolah hanya dia seorang mandi disitu.. si perempuan mandi dengan seluar yang sgt pendek, bj yang cerah, pabila terjun ke air, maka nampaklah semua yang ada di badan perempuan itu, seolah dia tidak memakai apa2.. si ibu begembira, sibapa tenang bersahaja melihat telatah anak2nya..

setelah lama mandi, barulah sejuk mata empat sekawan ini, pabila ada perempuan yang molek pakaiannya, memakai tudung mandi disitu.. lega, ada juga insan yang masih ada kesedaran terhadap apa yang dipakai.. tidak lah dia menjual maruah, menayang tubuh, membiarkan org lain mendapat saham neraka..

haha.. actually, nak hentam.. tapi x guna nak emo hentam kat depa.. depa bukan baca blog aku.. apa2 pun here some pic for refreshment..


Allah itu Maha Mencipta.. Allah Maha berkuasa.. bila korang sampai sana, jgn lupa nak bersyukur dengan nikmat Allah.. k!! :)

Monday, February 16, 2009

Islamic Bank Institution in Malaysia is not a true Islamic Bank..

Islamic Banks in Malaysia main intention is not to help Muslims in lessen their burden financially, but to make them to have more debt.. Their intention is merely profit oriented.. Thus, Islamic Banking Institution in Malaysia is not a true Islamic Banking..

kalau la aku sambung stadi, aku akan buat tajuk thesis aku mcm kat atas nie.. aku ada byk reason nape aku cakap mcm tue.. muahaha.. aku x kisah kalau ada bank nak kritik.. tapi, inilah hakikat.. percaya atau tak, org masih x dapat bezakan antara bank konvensional, atau bank islam.. xde beza.. yang org tau beza cuma akad.. tapi, hakikat sebenar, produk bank2 islam adalah lebih baik, malah lebih mulia.. cuma.. heh..

"Oi, cuma apa? cakap la abiskan.."

haha.. yang ini sensitif sket.. takpe.. untuk kita cuba fikir2kan.. pada pendapat aku, bank2 di mesia nie, diorang tak sanggup nak tanggung rugi.. so, diorang x brani nak memprodukkan financial produk yang bleh menyebabkan diorg rugi.. x caya, cuba ko belek satu2 product yang diorang offer.. ada x yang kata bank akan tanggung kerugian bersama ngan customer dia?

aku rasa nak bgtau nie je dulu.. akan datang, kalau korang nak dengar lagi keluhan dan rasa x puas hati aku (dari segi teoritical dan praktical).. aku akan cerita lagi.. tapi, atas permintaan sahaja.. haha (bajet best)..

fikir la.. k..

Wednesday, February 11, 2009

Adakah aku masih di takuk lama?

cuba menginsafi diri.. cuba muhasabah diri.. tatakala kita lalai dengan dunia, Tuhan tunjukkan dan beri peringatan.. samada kita sedar atau tidak..

sahabatku sudah pulang.. dengan seribu satu perubahan.. dahulu, benci dengan perangainya.. kini, dia tidak seperti dulu.. malah jauh lebih baik dari diriku yang ntah apa-apa ni.. sahabatku menambah ilmu didada.. aku? apa yang aku ada? sahabatku sudah tidak merapu jika berkata2.. aku? sahabatku membasahkan lidahnya dengan selalu beristighfar.. aku? masih lagi memaki, mencaci dan menghina org..

adakah aku masih di takuk yang lama? atau aku ini lagi teruk lagi? bisakah aku berubah? bisakah aku menjalani hidup ini dengan rahmat dari-Nya?

Ya Allah, ihdinas sirathal mustaqim.. Nawwir qulu bana ya Allah.. Rabbighfirli, rabbighfirli ya Allah.. rabbana zhalam anfusana, wa illam taghfirlana watarhamna lanakuna minaz zhalimin..

:(

Tuesday, February 10, 2009

Peringatan kepada semua.. esp wanita..

Sila baca article yang ringkas ini.. ingat, tutup badan x bermakna anda dah tutup aurat.. anda mungkin x tahu, yang kita sangka tutup aurat itu sebenarnya mengundang dosa pada kita.. insaflah..

Wallahua'lam..

P/s: ringkas, padat, sendat dan ketat x bleh diguna pakai pada org bukan muhrim, malah muhrim kita pun x bleh (adik-beradik).. dari kita menggalakkan maksiat, mari kita cegah.. mulakan dengan diri kita dulu, k..

Friday, February 6, 2009

Politik? Apa tu?

kalau aku ditanya spa itu politik, aku akan kata, aku tak tahu.. nape? aku x nampak politik yang sebenarnya kat mesia ni.. yang ada, hanyalah politik yang kotor dan keji.. baik peringkat negara, uni, mahupun mana2 sahaja..

apa itu keadilan?
apa itu demokrasi?
apa itu syura?
apa itu Islam?

apakah Islam tidak mengamalkan keadilan dan demokrasi? apakah org yang bernama dan beragama Islam, hanya lesen jadi wakil tapi tak mengamalkannya?

Moga mereka ingat perintah Allah dalam surah As-Saf ayat 2.. andai mereka pandai berkata, tapi hati busuk, dan x melaksanakan apa yang disuruh oleh agama, malah melaksanakan apa yang dilarang, (amal mungkar nahi ma'ruf).. berjaga2lah.. kita akan binasa..

Wallahua'lam

Thursday, February 5, 2009

AMARAH!!!

Aku tense, moody.. bengang.. rasa x best.. bosan!!! huh..

Ada ke kata aku ni kecik lagi, x patut kawin.. mcm dah bagus jek..

Kita bleh cakap apa yang kita nak.. tapi kita tau ke yang kita cakap tue x buat dia kecik hati.. kerana mulut badan binasa..

fikir la, ko dah buat org menyampah kat ko, apa ingat ada org nak tolong ko? walau ko buat baik cemana pun, sbb ko dah menyusahkan hidup org, org malas nak layan ko..

Isk.. dah x pasal2 aku dah x suka gile2 kat org lain.. buat dosa jek.. kalau dia je berdosa xpe.. ngan aku2 skali dia drag, sbb aku rasa sakit hati, nak maki jek..

DEM!!!