Wednesday, October 29, 2008

One Voice, One FIN SSO

MUHAHAHA....

gelak dulu.. aku tau gambar2 kat bwh nie poyo2 belaka.. well, 4 ur info, inilah suasana ofis aku.. kebetulan kitorang ada buat test baju, so aku pun snap la beberapa gambo.. (Yeop, jgn ingat ko sorang je bleh snap.. muahaha)







haha.. jgn ingat kami nie cleaner plak.. or pekerja contractor, or supervisor kilang.. ini adalah baju yang nak diseragamkan oleh dept aku.. lawa ke x, itu aku serahkan kepada HODs.. so guys, nanti bila kita dah jadi org besar, jgn asik nak tgk atas jek, pandang la kami kat bwh nie.. so, think about it.. ops.. lari!!! bos nampak...

Thursday, October 23, 2008

masalah hati..

kita bertemu kembali.. arena kali ini, kita akan berbincang mengenai hati, sesuatu yang sgt vunareble dan perlu kita pertahankan dari musuh2 yang lain seumpama nafsu.. weh, x berat ke nak cakap benda nie? well, aku just nak bg contoh yang mana dah jadi penyakit hati dan ia lumrah di dunia sekarang..

penah dengar org tua berjiwa muda? ala, yang mcm dah tua2 pun nak pg disko, x sedar diri tue? mcm tue la lebih kurang.. bayangkan anda pada umur sekitar 40-50, dengan tubuh yang kalau nak berjalan 1kilometer pun semput, nak mencangkul jgn harap.. anak dah 3-5 orang, semua dah besar2 and ada yang dah kawin and dapatkan cucu buat kita.. pelik? blum lagi.. mari kita lihat part pelik plak..

dalam keadaan umur mcm tue, dgn badan yang org kata dah start ganyut, kita nak pakai pakaian ketat, dedah sana, dedah sini, then pg kelab2 malam melayan gadis2, atau mencari jantan2 macho yang byk duit.. seperti kita nie hidup lagi 50thn sedangkan lagi 5thn pun blum tentu.. berjiwa moden, berjiwa org muda... x nak sedar diri bak kata pepatah "umah kata pergi, kubur dekat x lama lagi" (aku ubah, pepandai la korang cari pepatah tue)..

itulah akibat bila kita x nak hati kita nie bersih dan sering ikutkan nafsu.. itu blum lagi nafsu nakkan harta.. yang itu lagi dahsyat.. dari adik-beradik yang sentiasa rapat, main sama2, makan sepinggan.. PUTUS!! akibat harta.. trus x ngaku adik atau abg.. si ayah plak sanggup di-pijak2.. hoho.. malah, memaki hamun semua orang yang pernah disegani dan dihormati..
itulah hati yang kotor dek harta, dan kita x bersihkan..

aku bg example bukan saje2, but based on true story yang aku sendiri alami.. so, apa patut kita buat? Islam nie syumul.. mcm2 dah islam suruh kita bersihkan hati.. zikrullah, bayar zakat, puasa, hindari maksiat.. mcm2 lagi.. samada kita sedar atau x..

mari kita luangkan seminit, sama2 istighfar.. doa, "Ya Allah, ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dan terangilah hati2 kami seperti mana Kau terangi hati para rasulMu.." just think about what we have done.. think about it.. sama2 kita besihkan hati.. k.. chow!! nyuruk dalam meja.. nanti bos x nampak..

Monday, October 20, 2008

Kebiasaan, nafsu and keimanan..

Bismillah,

lama sungguh x update.. nak buat macam mana, bz ngan keje.. lately mmg la agak sibuk, tambah2 lepas raya ngan jamuan la hape la.. (act klu nak luangkan masa bleh je.. haha).. lately aku telah diganggu oleh auditor (mmg keje aku kena assist dia pun), tup tap rupanya senior aku kat KISAS.. adeh.. hampas tahap dewa.. apa2 pun, segalanya berjalan agak lancar walaupun ada gak gado2 and kutuk2 org kat TM nie (yang mana perangai mcm hampeh sahaja).. haha.. mana x nya, kita buat keje, asking other ppl to assist us, but in the end they did not do anything as it is my problem, not thiers.. susah nak deal ngan org ignorance and berlagaks nie.. so, kita pun apa lagi, hambat ngan kata2 kesat menikam di jiwa.. yang penting, sekarangnie ada sorang tue diam x berjawab, malah nak pandang masa aku datang opis dia dgn auditor pun, pandang slack jek.. cet... takpe.. aku ada back up.. dia xde.. muahaha.. anyway.. moral of the story, bukan kita nak cari musuh, but we work for the company, so please la assist the best for the sake of the company.. jgn pertikaikan knowledge org lain.. fahamkan dulu apa yang org lain nak..

orait.. one part.. tadi perkembangan aku sahaja.. act aku nak kata bab lain... here goes...

COUPLE.. dengan maksud lain, berkasih-kasihan antara 2 insan yang bukan muhrimnya.. (betul kan aku klu salah).. bila kita cakap pasal couple ni, dia dah jadi benda common dah.. budak sekolah rendah pun dah terer ada makwe.. bak kata org, "belum sunat lagi dah menggatal".. dalam ujang aritue aku baca, siap dia buat lawak budak kecik baru je sunat, blum kering lagi dah tipon cakap "yang, cukup bulan kita kawin yek".. cet...

Cuba kita bandingkan couple nie dgn 10 tahun lepas.. x jauh, sedekat jek.. klu kita tgk org berdua2an nie, klu x kawin, mmg kena pandang slack.. mcm dia dah buat dosa besar jek.. (mmg berdosa, but besar ke kecik ke itu kerja Tuhan).. benda tue dah jadi kebiasaan.. baik melayu ke, cina ke, india ke.. mix ke.. sapu semua.. licin.. agaknya klu ada africans ke, pak arab ke, atau mana2 puak ceruk dunia ni pun nak disapu gak dating...

mari berkongsi satu kisah yang aku dapat dari email, kisah seorang guru yang cuba menguji anak muridnya dgn 2 barang ditangannya.. pertamanya, dia menyuruh menyebut nama barang2 yang ditunjukkannya setiap kali dia mengangkatnya.. seperti dijangka, tiada masalah, dan anak muridnya begitu mudah menjawab dengan betul.. keduanya, cikgu itu menyuruh anak muridnya supaya ditukar nama barang A kepada barang B dan sebaliknya.. kemudian diuji kembali, kali ini anak muridnya kekok.. namun setelah beberapa kali, anak muridnya kembali lancar dan tiada kesalahan lagi.. setelah itu, si cikgu memberi kesimpulan.. "anak muridku, inilah perkara yang berkaitan yang hak dan yang batil.. dahulu, yang hak sedia tahu kita tegakkan hak, dan hindari yang batil..tapi, bila ada yang ubah dan benda itu telah menjadi lali, maka yang hak itu dikatakan batil, dan yang batil itulah hak.."

nampak x persamaan dengan coupling yang aku cakap tadi? bukan nak mengata orang, aku nie pun sendiri nak tegur diri sendiri yang x sedar diri.. mungkin masa blum ada apa2 ikatan rasa takut tue menebal lagi.. tapi bila seseorang dah bertunang ke, hape ke, (melainkan dah nikah.. NIKAH jek).. senang je lupa diri.. tapi itu semua berkaitan masalah hati.. yang itu aku akan citer lain kali.. baaaaaaaaaaaanyakkkk.. banyak benda aku nak citer..

k lah.. nanti aku sambung lagi.. sesama kita fikir k.. aku nak main carom sat.. nanti kita sambung.. k