Friday, December 26, 2008

Antara Theori dan Praktikal..

Kita belajar di sekolah selama kira2 16thn.. belajar mengenal dari ABC sampailah kita tahu al-gorithm, bio, chemist.. (apasal aku x sebut subject yang aku major?) apa yang kita blajar, especially di universiti, kebanyakkannya theory.. kita belajar mcm mana dengan keadaan yang ideal dan apa yang ideal kita lakukan.. TAPI.....

hakikatnya, teori dan praktikal itu sangat berbeza.. diulangi.. sangat2 berbeza.. melainkan perkara2 yang kita blajar untuk praktikal seperti ibadat, jenayat dsb... contoh paling mudah adalah benda paling asas dalam setiap manusia esp yang bekerja.. ya, benda yang aku nak katakan adalah perbelanjaan kita...

Tadi khutbah jumaat mengatakan pasal cara nak menguruskan harta dari segi perbelanjaan dan investment.. apa yang aku bakal katakan adalah pengalaman aku yang kini masuk bulan ke-8 bekerja.. huu..

dahulu, aku seperti mereka2 yang baru grad sekarang nie.. aku penah kata nanti dah keje, gaji besar, x nak berhutang.. nak simpan duit.. kalau masa belajar belanja sehari setakat RM10, rasanya masa keje bleh buat benda yang sama.. tapi, kini jangkaan aku meleset.. (tak meleset jauh, tapi meleset la gak).. bukan mudah nak buat apa yang diperkatakan..

aku ambil contoh paling mudah.. bila dah keje, ko nak pergi kerja.. ko akan naik kenderaan.. sekarang ada 2 pilihan.. public trans, or kenderaan sendiri.. mari kita lihat pro n cons satu2.. public trans, murah, perlu berasak, kena pg awal pagi, tempat duduk blum tentu dapat, dah sampai kena berjalan, then beratu panjang2... kenderaan sendiri, x penat, x mcm public trans (x yah berebut, ada tempat duduk, x yah pg awal, x yah beratur), duit minyak, duit tol, maintanence, dan x lupa bebas nak pg, bawa apa or kemana sahaja..

public trans, ko tak perlu cost apa2, mula keje, guna jek.. then bayar.. kalau kenderaan sendiri, nak bli.. bli pakai apa? air liur? ok, memula pakai public trans, ko kumpul duit, cukup duit, bli cash.. xde hutang.. relax kan? tapi bape bulan nak tunggu? 2, 3, atau 24 bulan? sanggup nak berasak tetiap hari? kalau pompuan lagi la tendency rasa mcm diraba la, hape la.. (ada orang citer, k) sanggup? betul ke sanggup nie?

ye.. akhirnya.. ko bli gak kenderaan berhutang.. x kira la kejap ke lama.. pokoknya, kenkadang benda thoery ko susah nak pakai.. sbb situasi sebenar adalah jauh lebih rumit.. ini just satu contoh.. cuba la pk... k.. chow!!

Perasan tak kita...?

Semalam, pok cik ngan teman pok cik poie la ke GIANT.. Makan2 kat situ, habiskan gaji yang mmg dah nak perabih nie.. kebetulan plok tue, sebolah GIANT tue ada funfair.. maka, pok cik dan kawan2 pok cik pon poie la ke tempat suka keadilan (funfair la)..

setibonya pok cik kat sinun, pok cik pon poie la pusing2.. tengok apa yang ado, apa yng menarik kat sano.. (cet.. slang apa ni? mabuk la aku nie)

setelah puas pusing2, kitorang dok lama sket kat tempat yang bayar dapat hadiah.. ala, bayar RM2, ko baling.. untung2 dapat hadiah.. kalau ada game yang ko x untung, xdapat apa2.. (ye.. ye.. ingat kenkawan.. benda tue semua haram.. HARAM k.. sbb, uncertainty.. salah satu dari lima element riba'.. nak tau lebih lanjut, sila la tanya.. aku bleh jawab..)

apa yang best, kalau korang perasan, yang hadiah grand2 semua diorang akan pastikan korang sgt susah nak dapat.. haha.. contoh terbaik, ada satu permainan yang perlu masukkan gelung di kayu yang disediakan.. (aku x bleh nak bagi contoh gamba la.. klu x, lagi senang korang nak faham..) apa yang pasti, kayu untuk hadiah grand, ada sedikit kelainan, dimana ia membuatkan korang hampir mustahil nak menang hadiah tue.. hanya yang pakar n pro membaling mcm baling boomerang je bleh dapat hadiah..

cuba fikir, dah la kita main nak menang.. kena bayar.. susah nak menang plak tue.. tapi diorang lagi pandai, buat korang hampir mustahil nak menang.. keji kan? haha.. think about it..

P/S: yeop, aku x buat tag ko sbb aku x faham tag tue nak apa.. dari aku merapik x tentu hala, baik aku x yah buat.. sori bro..

Wednesday, December 3, 2008

Bila bukan ahli kitab memberikan dalil

Bismillah,

Aku telah membaca blog Magenta mengenai teguran orang2 yang tak sepatutnya.. bukan x sepatutnya la, coz semua orang ada hak nak menegur.. tapi cara menegur dan perisian teguran tue kita kena observe..

apa yang ditulis dalam blog tue sgt kontroversi.. kiranya mcm nie, kita tau kita x sempurna, kita buat apa yang mampu kita buat, tapi kita kena tegur kenapa kita x sempurna, sedangkan org yang tegur tue hampas x berguna, jauh dari sempurna.. so what? at least kita sedar diri kita, and kita cuba jadi baik, daripada trus x baik..

kita nie manusia, manusia nie byk pandangan dan perbezaan.. malah, disebabkan pemikiran sekarang nie la manusia cuba untuk mengubah hukum yang telah ada.. betul x tipu.. x caya, korang fikir la, kat mesia ni sendiri bape byk yang hukum asalnya dah bertukar.. antara yang aku dapat kenal pasti, anak yang lahir belum cukup 6 bulan dah bleh berbinkan ayahnya (esp yang baru je kawin, x sampai 6 bulan dah beranak.. faham-faham sendiri la ye)..

hello kawan, kita nie bukan ahli kitab.. kita nie bukan ahli fiqah, alim ulama' mahupun orang yang mendalami agama.. kalau setakat satu kitab je ko baca, tapi kitab lain ko buang ke tepi, x payah nak kuarkan hukum.. ulama' pun amik masa berhari2 untuk kuarkan hukum, demi nak merujuk pada Al-Quran n Hadis, supaya x bertentangan dengan Syariah.. come on la.. takkan nak jadi mcm nabi palsu Kahar, mengaku nabi disebabkan surah Yasin.. mana ko campak hadis Rasul yang kata "takkan ada nabi dan rasul selepas aku"? apa mukjizat yang ko ada?

sebelum aku mengundur diri, aku ada satu perkara nak suruh korang fikir.. Ada hadis (x pasti hadis sahih atau hadis jenis apa).. "andai ada makhluk yang boleh disembah oleh wanita (isteri) selain Allah dan Rasul, nescaya orang itu adalah suaminya... (au qama qal)" persoalan aku, adakah maksud hadis ni yang isteri akan menjadi hamba suaminya? taukah kita asbab wurud hadith ni? mcm mana plak dengan hadis mengatakan "sempurnanya orang beriman (lelaki) adalah pabila dia berbuat baik, sebaik2nya pada wanitanya (isteri)".. adakah maksudnya isteri bleh jadi Queen control suaminya, apa isteri cakap kena ikut (buat baik)..? Think about it.. Lastly, rasul kata "aku diutuskan dimuka bumi ini untuk memuliakan akhlak manusia".. agak2, kenapa ek Rasul diutuskan demi akhlaq, bukan benda lain? Think.. and Think again..

Wallahua'alam

Monday, November 24, 2008

Peduli apa org kata?

Bismillah,

lama gak aku mendiamkan diri.. huh.. minggu lepas antara minggu disaster buat aku.. nape? sbb aku kena jadi EMCEE.. ye, juru acara... cet.. aku malas nak kata banyak, tapi kesimpulannya aku MMG x leh jadi EMCEE coz aku mesti tersasul.. x suka.. x suka.. x suka..

Bulan nie mmg banyak ujian.. mcm2.. org nak kata apa pun kat aku, kata lah.. malas nak pk.. anyway.. ini sedikit sedutan majlis yang aku jadi emcee..

hee.. adeh.. bos dah tenung dah tue.. chow dulu.. (yes bos!! right away!!)

Monday, November 10, 2008

Waktu sekolah dulu... versi 2

salam.. ye lagi sekali.. kini aku kembali nak sambung cerita sekolah aku.. tapi, aku masih lagi zaman tahun 1992-1997.. kali ini aku nak cerita pasal sekolah agama.. apa tu? haa... untuk pengetahuan mereka yang tak tahu, sekolah agama adalah sekolah sesi petang (biasanya) untuk memenuhi waktu setelah balik sekolah kebangsaan.. disitu, kami akan belajar semua ilmu2 agama dan kitab2 akan ditulis dalam tulisan jawi.. ye jawi.. dan lagi best, semua kitab tu pakai bahasa lama.. contoh "adapun Taharah itu suatu ilmu...." best kan? kitab paling feymes.. Mutla'al badrin.. haha.. tapi aku sekolah sampai darjah 5 jek.. sekolah agama pun ada darjah gak.. dan system dia, klu x lulus xleh naik darjah.. start dari PAFA naik sampai darjah Khas.. kira2 8 kelas semuanya.. haa...

sepatutnya, bila dahjah 2 sek keb, kitorang dah bleh daftar kelas PAFA.. kat situ blaja la semua mcm mana nak solat.. yada.. yada.. mcm2 la.. tapi, arwah abah aku masukkan aku terus darjah satu.. aku sgt la kecik.. dan aku x ingat apa aku blaja sampai la darjah 4.. utk pengetahuan ko, bdn aku sgt la kecik.. therefore, aku adalah insan paling kecik dalam kelas sbb yang lain semua tua setahun dari aku.. aku x penah fail, kecuali darjah 4 masa pertengahan tahun.. then, aku lulus gak akhir tahun and masuk darjah 5.. memandangkan darjah 5 kat tempat aku takde, maka aku telah pergi ke sek agama Taman Sri Pulai.. kat situ lagi byk kenangan memandangkan ia adalah sekolah yang jauh dan agak ramai, walaupun aku sekolah hanya setahun..

mcm biasa, aku pegang byk jawatan.. yang pasti adalah pengawas (kena pakai samping hijau atau merah).. selain tu, aku byk masuk pertandingan mcm tilawah Al-Quran, berzanji, khat, azan.. yang lain aku dah tak ingat.. then kalau wakil sekolah, aku x penah menang.. walau bagaimanapun, ia sgt best sbb pg sekolah lain, then walau kalah, pasti dapat Al-Quran ngan kain ela setiap orang.. hampir 3 tahun berturut2 mak aku x perlu bli kain nak buat baju raya.. haha.. senang kan? dapat tahun nie, buat baju tahun depan.. hee..

aku kat sekolah agama agak nakal.. kaco budak pompuan, banjirkan sekolah (cuci tandas & blik wuduk, tapi tutup semua lubang air, banjirkan, then main ngan sabun! slide la, bola la.. mcm2.. secara berjamaah.. muahaha), bazirkan kapur sekolah (time tue aku percaya baja kapur dari kapur tulis.. ye.. aku naif..).. mcm2..

paling aku ingat, masa aku darjah 5 sek agama, aku telah diberitahu cerita yang bukan2.. pelik, kelakar, dan luch.. betul.. dulu2 lagi budak2 nie dah pandai.. then, bila darjah 5 tue, kami dah mula belajar pelajaran advance.. contoh, munakahat, muamalat, ngan faraid. bila bab munakahat jek, budak2 nie x lekang mata, yang ngantuk trus terjaga.. ces.. pantang betul.. tapi biasanya yang ngajar tue cikgu yang sama, satu kelas satu cikgu.. he/she will teach everything.. aku ingat ustzah darjah 5, namanya Ustz Hafizah.. garang.. member2 aku ramai dah kena denda dengan dia.. tapi dia baik hati..

aku nakal.. sangat nakal.. aku penah kaco budak pompuan sampai nak muntah2.. ada yang melatah sampai x larat nak melatah.. mcm2.. i miss that time.. walau naif, tapi niat gurau tu hanya gurau... xde lain dari tue.. hee.. apa pun, tu semua memori.. lepas nie, aku akan cerita pasal menengah rendah aku plak.. haha.. yang tue satu ke aku bleh simpulkan.. MABUK!!! yeah!! chiow!

Thursday, November 6, 2008

Waktu sekolah dulu... Versi 1

Bismillah... kita bertemu di ruangan kali ini...

ini hari aku nak cerita zaman-zaman silam aku.. bukan nak berbangga atau nak menunjuk2, tapi just untuk masing2 tau dan maybe ini adalah record sejarah aku.. (my-story... a history.. tapi history tu maknanya cerita dia... hurmm..) kali ini aku nak cerita zaman antara tahun 1992 hingga 1997.. masa bila tue? ya... sekolah rendah.. exactly..

sekolah aku adalah sekolah kecik.. jauh sekolah ngan tempat aku adalah 100-200 meter shj.. klu jalan kaki x sampai 10 min... sepanjang aku kat sekolah tue, aku dapat la pegang beberapa jawatan penting.. aku la ketua darjah, ketua pengawas (pengawas yang hampas.. selalu lewat datang sekolah) , ketua platoon pengakap (tukang jerit perbarisan jek), ketua nasyid (x penah menang, malah asik no last), wakil pertandingan mcm2 (paling tinggi dapat no 2 peringkat daerah.. x penah masuk negeri pun)..

aku ditempatkan di kelas yang baget dapat 5A's, tapi result aku paling cikai dapat 2A's 3B's.. haha.. hampeh.. A aku cuma BM pemahaman ngan math jek.. (ye, aku terer math.. muahha) lain semua B... aku pk2 balik, cian cikgu2 yang ngaja aku.. list senarai cikgu adalahs seperti berikut:
BM Pemahaman- Cikgu Noraidah (kawin ngan ust sek agama aku)
BM Penulisan - Cikgu lelaki.. cikgu baru... lupa nama plak..
BI - Teacher Hafizah
Math - Cikgu Jupri (org jawa)
Sains - Cikgu wan (kot.. ada 2 org klu x silap.. adeh)

aku juga adalah pengampu paling terer kat sekolah tue.. semua cikgu kenal aku.. aku jaga koperasi.. aku jadi nadi koperasi... tanpa aku, xde sape nak jaga.. (aku x penah ingat aku bli barang koperasi tue dari org lain).. mcm2 la.. ketua rumah sukan pun aku.. teakwando (7th grade-kuning hijau) pun aku kena wakilkan.. (masuk pertandingan, kalah ngan budak lagi kecik dari aku masa semi.. kaki aku luka 1cm.. sbb pendek sgt, aku sepak muka dia, kena gigi dia.. koyak..lepas pertandingan, trus stop..)

antara masa2 yang aku ingat, waktu pertandingan lari 100 meter hari sukan sekolah.. cikgu buat litar tu oval (satu pusingan 100 meter shj) dan aku dapat track paling kiri skali.. aku punya nak menang, give all out.. aku berjaya dapat top 3, (x leh lawan budak wakil sekolah, wakil segala macam sukan kat sekolah tue) tapi, habis je sampai kat garisan penamat, aku trus tersungkur makan tanah.. coz aku x leh nak imbang badan.. xde kecederaan.. sakit je la.. sbb padang keras.. huuu..

ah... bos aku nak datang.. karang aku sambung versi seterusnya.. chow!!1

Wednesday, October 29, 2008

One Voice, One FIN SSO

MUHAHAHA....

gelak dulu.. aku tau gambar2 kat bwh nie poyo2 belaka.. well, 4 ur info, inilah suasana ofis aku.. kebetulan kitorang ada buat test baju, so aku pun snap la beberapa gambo.. (Yeop, jgn ingat ko sorang je bleh snap.. muahaha)







haha.. jgn ingat kami nie cleaner plak.. or pekerja contractor, or supervisor kilang.. ini adalah baju yang nak diseragamkan oleh dept aku.. lawa ke x, itu aku serahkan kepada HODs.. so guys, nanti bila kita dah jadi org besar, jgn asik nak tgk atas jek, pandang la kami kat bwh nie.. so, think about it.. ops.. lari!!! bos nampak...