Thursday, September 10, 2009

Apakah itu ramadhan?

bismillah,

lama dah x update.. byk benda yang berlaku.. yang pasti, aku hanya luahkan pada org terdekat aku sahaja.. huu...

sahabat, dan pembaca2 sekelian.. mari kita rungkai persoalan dalam kepala aku sepanjang puasa ni.. byk benda yang makin aku x puas hati dari tahun ke tahun.. apa yang pasti, rasa best berpuasa makin hilang dari tahun ke tahun.. simply because of kita org melayu.. huu...

apa itu ramadhan? bulan puasa sahaja ka? bulan kita pulun amalan? bulan kita nak berperang kabir dengan lebih hebat dgn nafsu kita? bulan baru nak pg ke masjid? bulan rezeki? bulan yang byk buat jualan sale dan semuanya murah2 belaka? atau bulan semata2 selepas ini ada hari yang paling ditunggu dan dinantikan oleh org ramai, x lain x bukan hari yang dipanggil hari kemenangan oleh org2 kita setelah sebulan berpuasa, hari dimana kita dah boleh makan balik seperti biasa, hari kita akan jumpa sanak saudara, hari pakai baju baru, iaitu hari raya aidilfitri..

rasanya majoriti, bukan sedikit, tapi hampir seluruh org2 kita nie akan pilih jawapan last.. x caya? heh.. simple jek.. aku dapat bukti kat opis aku sendiri.. "kan dah nak raya!".. bukankah itu perkataan yang akan selalu keluar? bukannya "sedihnya, ramadhan nak pergi.. bolehkah aku jumpa lagi bulan ini?"..

kat mana kita sekarang ini? lagu raya, promosi raya.. semuanya dah start sebelum nak puasa lagi.. apa makna semua tue? kalau mind set dah asik pk raya, belum apa2, "eh dah nak raya la bulan depan.." (cakap2 pada sya'ban).. apa tue? dah tue, puasa nie apa benda? puasa hanya "tahan diri dari lapar dan dahaga, dan boleh buat solat terawikh.."

apa sebenarnya puasa nie? apa hikmah puasa nie? kenapa Islam suruh kita puasa? apa significant puasa ni? rukun ke berapakah puasa nie? pernah tak kita pk benda2 nie?

sahabat2.. tolong komen dan bg kata2 yang boleh kita ingat, puasa adalah suatu ibadah.. bukan satu perayaan.. ONEGAI...

wallahua'lam..