Wednesday, December 3, 2008

Bila bukan ahli kitab memberikan dalil

Bismillah,

Aku telah membaca blog Magenta mengenai teguran orang2 yang tak sepatutnya.. bukan x sepatutnya la, coz semua orang ada hak nak menegur.. tapi cara menegur dan perisian teguran tue kita kena observe..

apa yang ditulis dalam blog tue sgt kontroversi.. kiranya mcm nie, kita tau kita x sempurna, kita buat apa yang mampu kita buat, tapi kita kena tegur kenapa kita x sempurna, sedangkan org yang tegur tue hampas x berguna, jauh dari sempurna.. so what? at least kita sedar diri kita, and kita cuba jadi baik, daripada trus x baik..

kita nie manusia, manusia nie byk pandangan dan perbezaan.. malah, disebabkan pemikiran sekarang nie la manusia cuba untuk mengubah hukum yang telah ada.. betul x tipu.. x caya, korang fikir la, kat mesia ni sendiri bape byk yang hukum asalnya dah bertukar.. antara yang aku dapat kenal pasti, anak yang lahir belum cukup 6 bulan dah bleh berbinkan ayahnya (esp yang baru je kawin, x sampai 6 bulan dah beranak.. faham-faham sendiri la ye)..

hello kawan, kita nie bukan ahli kitab.. kita nie bukan ahli fiqah, alim ulama' mahupun orang yang mendalami agama.. kalau setakat satu kitab je ko baca, tapi kitab lain ko buang ke tepi, x payah nak kuarkan hukum.. ulama' pun amik masa berhari2 untuk kuarkan hukum, demi nak merujuk pada Al-Quran n Hadis, supaya x bertentangan dengan Syariah.. come on la.. takkan nak jadi mcm nabi palsu Kahar, mengaku nabi disebabkan surah Yasin.. mana ko campak hadis Rasul yang kata "takkan ada nabi dan rasul selepas aku"? apa mukjizat yang ko ada?

sebelum aku mengundur diri, aku ada satu perkara nak suruh korang fikir.. Ada hadis (x pasti hadis sahih atau hadis jenis apa).. "andai ada makhluk yang boleh disembah oleh wanita (isteri) selain Allah dan Rasul, nescaya orang itu adalah suaminya... (au qama qal)" persoalan aku, adakah maksud hadis ni yang isteri akan menjadi hamba suaminya? taukah kita asbab wurud hadith ni? mcm mana plak dengan hadis mengatakan "sempurnanya orang beriman (lelaki) adalah pabila dia berbuat baik, sebaik2nya pada wanitanya (isteri)".. adakah maksudnya isteri bleh jadi Queen control suaminya, apa isteri cakap kena ikut (buat baik)..? Think about it.. Lastly, rasul kata "aku diutuskan dimuka bumi ini untuk memuliakan akhlak manusia".. agak2, kenapa ek Rasul diutuskan demi akhlaq, bukan benda lain? Think.. and Think again..

Wallahua'alam

2 comments:

mariamsss.blogspot.com said...

interesting..
ayat berbunga2 beb..
whatever pun suka aper ko cakap..
heheh...

djambu puadovich said...

hadis bunyi mcm ni:
'andai manusia itu boleh sujud kepada manusia, nescaya aku perintah isteri sujud kpd suaminya'
(au kama qal)