Friday, December 26, 2008

Antara Theori dan Praktikal..

Kita belajar di sekolah selama kira2 16thn.. belajar mengenal dari ABC sampailah kita tahu al-gorithm, bio, chemist.. (apasal aku x sebut subject yang aku major?) apa yang kita blajar, especially di universiti, kebanyakkannya theory.. kita belajar mcm mana dengan keadaan yang ideal dan apa yang ideal kita lakukan.. TAPI.....

hakikatnya, teori dan praktikal itu sangat berbeza.. diulangi.. sangat2 berbeza.. melainkan perkara2 yang kita blajar untuk praktikal seperti ibadat, jenayat dsb... contoh paling mudah adalah benda paling asas dalam setiap manusia esp yang bekerja.. ya, benda yang aku nak katakan adalah perbelanjaan kita...

Tadi khutbah jumaat mengatakan pasal cara nak menguruskan harta dari segi perbelanjaan dan investment.. apa yang aku bakal katakan adalah pengalaman aku yang kini masuk bulan ke-8 bekerja.. huu..

dahulu, aku seperti mereka2 yang baru grad sekarang nie.. aku penah kata nanti dah keje, gaji besar, x nak berhutang.. nak simpan duit.. kalau masa belajar belanja sehari setakat RM10, rasanya masa keje bleh buat benda yang sama.. tapi, kini jangkaan aku meleset.. (tak meleset jauh, tapi meleset la gak).. bukan mudah nak buat apa yang diperkatakan..

aku ambil contoh paling mudah.. bila dah keje, ko nak pergi kerja.. ko akan naik kenderaan.. sekarang ada 2 pilihan.. public trans, or kenderaan sendiri.. mari kita lihat pro n cons satu2.. public trans, murah, perlu berasak, kena pg awal pagi, tempat duduk blum tentu dapat, dah sampai kena berjalan, then beratu panjang2... kenderaan sendiri, x penat, x mcm public trans (x yah berebut, ada tempat duduk, x yah pg awal, x yah beratur), duit minyak, duit tol, maintanence, dan x lupa bebas nak pg, bawa apa or kemana sahaja..

public trans, ko tak perlu cost apa2, mula keje, guna jek.. then bayar.. kalau kenderaan sendiri, nak bli.. bli pakai apa? air liur? ok, memula pakai public trans, ko kumpul duit, cukup duit, bli cash.. xde hutang.. relax kan? tapi bape bulan nak tunggu? 2, 3, atau 24 bulan? sanggup nak berasak tetiap hari? kalau pompuan lagi la tendency rasa mcm diraba la, hape la.. (ada orang citer, k) sanggup? betul ke sanggup nie?

ye.. akhirnya.. ko bli gak kenderaan berhutang.. x kira la kejap ke lama.. pokoknya, kenkadang benda thoery ko susah nak pakai.. sbb situasi sebenar adalah jauh lebih rumit.. ini just satu contoh.. cuba la pk... k.. chow!!

Perasan tak kita...?

Semalam, pok cik ngan teman pok cik poie la ke GIANT.. Makan2 kat situ, habiskan gaji yang mmg dah nak perabih nie.. kebetulan plok tue, sebolah GIANT tue ada funfair.. maka, pok cik dan kawan2 pok cik pon poie la ke tempat suka keadilan (funfair la)..

setibonya pok cik kat sinun, pok cik pon poie la pusing2.. tengok apa yang ado, apa yng menarik kat sano.. (cet.. slang apa ni? mabuk la aku nie)

setelah puas pusing2, kitorang dok lama sket kat tempat yang bayar dapat hadiah.. ala, bayar RM2, ko baling.. untung2 dapat hadiah.. kalau ada game yang ko x untung, xdapat apa2.. (ye.. ye.. ingat kenkawan.. benda tue semua haram.. HARAM k.. sbb, uncertainty.. salah satu dari lima element riba'.. nak tau lebih lanjut, sila la tanya.. aku bleh jawab..)

apa yang best, kalau korang perasan, yang hadiah grand2 semua diorang akan pastikan korang sgt susah nak dapat.. haha.. contoh terbaik, ada satu permainan yang perlu masukkan gelung di kayu yang disediakan.. (aku x bleh nak bagi contoh gamba la.. klu x, lagi senang korang nak faham..) apa yang pasti, kayu untuk hadiah grand, ada sedikit kelainan, dimana ia membuatkan korang hampir mustahil nak menang hadiah tue.. hanya yang pakar n pro membaling mcm baling boomerang je bleh dapat hadiah..

cuba fikir, dah la kita main nak menang.. kena bayar.. susah nak menang plak tue.. tapi diorang lagi pandai, buat korang hampir mustahil nak menang.. keji kan? haha.. think about it..

P/S: yeop, aku x buat tag ko sbb aku x faham tag tue nak apa.. dari aku merapik x tentu hala, baik aku x yah buat.. sori bro..

Wednesday, December 3, 2008

Bila bukan ahli kitab memberikan dalil

Bismillah,

Aku telah membaca blog Magenta mengenai teguran orang2 yang tak sepatutnya.. bukan x sepatutnya la, coz semua orang ada hak nak menegur.. tapi cara menegur dan perisian teguran tue kita kena observe..

apa yang ditulis dalam blog tue sgt kontroversi.. kiranya mcm nie, kita tau kita x sempurna, kita buat apa yang mampu kita buat, tapi kita kena tegur kenapa kita x sempurna, sedangkan org yang tegur tue hampas x berguna, jauh dari sempurna.. so what? at least kita sedar diri kita, and kita cuba jadi baik, daripada trus x baik..

kita nie manusia, manusia nie byk pandangan dan perbezaan.. malah, disebabkan pemikiran sekarang nie la manusia cuba untuk mengubah hukum yang telah ada.. betul x tipu.. x caya, korang fikir la, kat mesia ni sendiri bape byk yang hukum asalnya dah bertukar.. antara yang aku dapat kenal pasti, anak yang lahir belum cukup 6 bulan dah bleh berbinkan ayahnya (esp yang baru je kawin, x sampai 6 bulan dah beranak.. faham-faham sendiri la ye)..

hello kawan, kita nie bukan ahli kitab.. kita nie bukan ahli fiqah, alim ulama' mahupun orang yang mendalami agama.. kalau setakat satu kitab je ko baca, tapi kitab lain ko buang ke tepi, x payah nak kuarkan hukum.. ulama' pun amik masa berhari2 untuk kuarkan hukum, demi nak merujuk pada Al-Quran n Hadis, supaya x bertentangan dengan Syariah.. come on la.. takkan nak jadi mcm nabi palsu Kahar, mengaku nabi disebabkan surah Yasin.. mana ko campak hadis Rasul yang kata "takkan ada nabi dan rasul selepas aku"? apa mukjizat yang ko ada?

sebelum aku mengundur diri, aku ada satu perkara nak suruh korang fikir.. Ada hadis (x pasti hadis sahih atau hadis jenis apa).. "andai ada makhluk yang boleh disembah oleh wanita (isteri) selain Allah dan Rasul, nescaya orang itu adalah suaminya... (au qama qal)" persoalan aku, adakah maksud hadis ni yang isteri akan menjadi hamba suaminya? taukah kita asbab wurud hadith ni? mcm mana plak dengan hadis mengatakan "sempurnanya orang beriman (lelaki) adalah pabila dia berbuat baik, sebaik2nya pada wanitanya (isteri)".. adakah maksudnya isteri bleh jadi Queen control suaminya, apa isteri cakap kena ikut (buat baik)..? Think about it.. Lastly, rasul kata "aku diutuskan dimuka bumi ini untuk memuliakan akhlak manusia".. agak2, kenapa ek Rasul diutuskan demi akhlaq, bukan benda lain? Think.. and Think again..

Wallahua'alam